Laporan Malaysiakini - 27 ditahan halang Kg. Pletong di roboh
Pasang telinga dan pasang mata, ambil tahu kes-kes dimana ada bangunan atau kuil yang hendak dirobohkan. Buat pakatan dengan penduduk, buat baju t-shirt, dan sepanduk, kemudian apabila tiba hari untuk merobohkan rumah/kuil itu, buat halangan rantaian manusia. Peristiwa ini berlaku di Kg. Berembang, Kuil di Kelang, dan terbaru di Kg. Pletong, Johor Bharu.
Pertama, saya tidak ingin memihak, sekadar nak kaji tindak-tanduk pembangkang ini yang saya pasti akan cuba mengsensasikan isu ini sebaik mungkin. Kedua, aspek perundangan amat penting dalam hal ini. Ketiga, faktor perancangan bandar ataupun dasar anti setinggan harus diambil kira.
Kenapa?
1. Sebelum pilihanraya umum, ada sahaja isu struktur kena roboh waima reban ayam sekalipun, Pembangkang akan masuk campur dan mewujudkan drama disebalik kes tersebut.
2. Setelah menang dalam pilihanraya. giliran mereka pula untuk merobohkan kuil, atas alasan yang sama diberikan oleh kerajaan yang mereka gulingkan.
3. Penduduk diberi harapan, tanah yang diduduki akan dipertahankan WALAUPUN ianya terletak diatas tanah orang, ataupun bukan lagi menjadi milik mereka.
4. Jika kita lihat dari segi rumah ibadat, tetapi didirikan atas tanah orang tanpa kebenaran, apakah kerana ianya rumah ibadat, kita terpaksa akur. Kesalahan tetap kesalahan, jangan jadikan sensitiviti agama sebagai perisai.
5. Isu setinggan ini seperti di Kg. Pletong, kita boleh juga rujuk dasar kerajaan PR di Selangor selepas memerintah. Tan Sri Khalid nak teruskan dasar setinggan sifar Khir Toyo, Badan NGO Jerit, menjerit tak percaya, terlepas dari mulut harimau, kena ngap dengan buaya.
6. Maka dalam hal Kg. Pletong ini tidak hairanlah jika ada sesuatu yang berkait rapat dengan 'perundangan' yang menyebabkan tindakan (meroboh) ini diambil.
Kesimpulannya, apapun struktur yang didirikan, jika diatas tanah yang tidak menjadi hak kita, kita tidak boleh bertegas, kerana secara langsungnya kita telah menafikan hak tuan tanah yang sebenarnya. Apapun drama, cerita kesedihan yang berpotensi untuk dimanipulasikan oleh pihak anti-Kerajaan, yang salah tetap salah. Dalam kes Kg. Pletong ini diharap umum dapat mendengar info daripada kedua-dua pihak, baca Harakah baca Utusan.
OreKelate: isu tanoh ni, gini lah, kalu demo bangung pagi-pagi tengok ado jirey sebeloh rumoh letok reban ayam dale laman demo, maroh ko? gitu la mudoh baso nok pehe. Kawe dengar ado rumoh demo tukar jadi kuil, laa lagu ni pun buleh ko. Rumoh ibadat ni keno mitok kebenaran la, sebab ho lah kalu tibo2 kawasan perumohan tu nok naik jadi supermarket, keno tinggal la kuil tu duk tengoh2 alam tu.. nati Hindraf maghi...
Bagaimana nak 'nampak' seperti juara rakyat - Malaysiakini
5:14 PM | Kg. Pletong, Malaysiakini, PAS, PKR | 0 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment