Melihat gambar-gambar ini yang diambil daripada laman web fotopages saudara minaq jinggo (http://minaq-jinggo.fotopages.com), penulis teringat barisan inilah yang memimpin negara pada satu ketika dahulu. Satu ketika dimana Malaysia adalah no.1 dari segala bidang. Satu ketika dimana seluruh mata dunia tertumpu kepada Malaysia. UMNO gagah apabila pemimpinnya bersatu, Melayu digeruni serta dihormati.
Saya gembira melihat segala perselisihan diketepikan, Tun Dr Mahathir kembali mendapat penghormatan yang sepatutnya daripada pemimpin besar UMNO. Pemandangan-pemandangan sebegini tentunya akan merisaukan pihak lawan. Maka akan ada cakap-cakap bahawa Mahathir lah 'mastermind' disebalik peralihan kuasa Najib-Abdullah, akan ada yang cuba menuduh Mahathirisme kembali menular. Jika betul pun, di zaman Mahathirisme inilah Malaysia memacu deras menuju status negara membangun. Ketika itu jugalah nama Malaysia meniti-niti di bibir masyarakat Antarabangsa.
Serangan keatas Najib sudah pun bermula, hendak serang Muhyiddin mungkin lawan tak cukup modal, barangkali Mahathir akan jadi sasaran pula selepas ini. Yang penting UMNO sudah mula menampakkan pemulihan, memang benar keputusan Pak Lah untuk berundur menandakan pemulihan UMNO telahpun bermula.
Wakil Sabah pun ada. Dr. Novandri melihat ini sebagai lembaran baru UMNO, Nobisha pula mengingatkan Najib supaya mencari definisi sendiri kempimpinan beliau dan tidak dibayangi Tun Dr. Mahathir, saya pula melihat peristiwa ini sebagai ungkitan kembali sejarah dahulu ketika UMNO kuat dan gagah berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair.
OreKelate: Biar lah lagu ni, daripado Mahathir duduk luar pahtu duk kutuk-kutuk UMNO wak gapo. Cukup lah nga Nuar sore hok duk ngato ko UMNO. Dulu Nik Aziz pun nok Mahathir masuk UMNO, loni Khairy tokleh sokongae UMNO, PAS ajok Khairy pulok doh.. Politik.. Politik..

0 comments
Post a Comment