Mula-mula saya tak nak blog pasal ni, tapi lama-lama melihat cerita ini juga dikomen oleh Tun Dr. Mahathir, maka saya rasa nak cakap juga la.
Ramai yang hentam kerajaan Melaka kerana menganugerahkan gelaran Dato' kepada bintang Bollywood ini. Macam-macam lah alasan, kritikan, penghinaan dan sebagainya dihujahkan, kesemuanya bertunjangkan kepada satu perkara, iaitu kepentingan POLITIK. Orang Malaysia ini tidak habis-habis bincang pasal politik, semua benda hendak dipolitikkan. Termasuklah hal ini.
Ulasan menarik daripada Nobisha (www.nobisha.blogspot.com) saya petik dan paste kan di sini;
.......saya fikir ini juga satu bentuk pemikiran di luar kotak. Melaka berjaya memecahkan minda masyarakat yang "khurafat" dan mengatakan anugerah itu tidak boleh diberikan kepada bintang filem Bollywood. Siapakah yang kata tak boleh? Kita yang kata tak boleh? Macam mana nak buat supaya boleh? Kita ubahlah. Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo kata, "Pemuda Berani." Berani apa? Dato' Mukhriz Mahathir jawab, "Berani Berubah." Itulah yang dilakukan oleh Melaka. Ubah. Takkanlah perkara tak betul pun kita nak pertahankan atas nama "Setiakawan"?
Tun Dr. Mahathir pula menyokong penganugerahan ini. Saya pun tidak tahulah, sekejap saya rasa tak perlu, tapi memandangkan langkah ini boleh menyebabkan Melaka jadi lebih terkenal, apa salahnya.
Laporan akhbar hari ini juga ada menyebut, orang yang mencadangkan Shah Rukh Khan mendapat gelaran tersebut adalah Tun Daim Zainuddin. Kita nantikan kritikan penyokong-penyokong PAS yang terkenal alim bidang agama terhadap kedua-dua Tun ini. Ingat konsep Hollier than thou, mereka (sebilangan orang-orang PAS) sangat terkenal dengan perangai ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment