Hari ini ada dua berita menarik, kenapa menarik? Sebab berita ini menunjukkan kedangkalan pemimpin Pakatan Rakyat yang suka sangat untuk menegakkan benang yang basah. Satu kes dalam Dewan Rakyat, lagi satu kes di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Rujuk berita Malaysiakini untuk kes pertama, siapa lagi kalau bukan Karpal Singh

Malaysiakini - Sidang Parlimen: Karpal digantung 2 hari

Memang patut pun digantung, diusir keluar daripada Parlimen, kebelakangan ini Karpal sudah celaru, suka bikin onar dalam dewan. Memula dia tikam lidah dengan Kinabatangan, tengah lawan siapa hebat Monyet atau Bigfoot. Kali ini dia cuba main polemik orang buta apabila cuba 'putar' ayat Nazri Aziz. Kita baca apa Nazri cakap...

Ketika menjawab soalan itu, Mohamed Nazri menyebut: "Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik."

Baca lagi sekali kemudian kita tengok betul ke atau ada asas ke cubaan Karpal untuk menarik orang-orang cacat penglihatan untuk membenci Nazri, UMNO dan BN. Ayat Karpal kepada Nazri.

Ketegangan itu bermula apabila Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam.

Kita tengok apa respon ketua Pembangkang yang diagung-agungkan ini pula. Tiada pula protes keluar dewan beramai-ramai. Macamana nak protes dah terang-terangan Karpal ni tak pandai Bahasa Melayu tetapi nak juga jadi pengacau dalam Dewan. Anwar Ibrahim pun tak layan perangai ni. Padan Muka!

Kes Kedua ini lebih sensitif, kalau kes pertama Orang bukan Melayu yang tak fasih bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dah la salah tafsir, lepas tu cuba nak memutar belit kenyataan Nazri Aziz. Kes kedua ini menyentuh sensitiviti Islam dan kesucian institusi Zakat. Kita baca apa YB Dr. Nasir dari Parti Sosialis cakap dalam DUN Selangor;

Malaysiakini - Dr. Nasir: Soalan saya diputar belit

Apa yang beliau cakap? Ikuti petikan ini;

"Soalan tambahan saya adalah sama ada wujud atau tidak peruntukan zakat untuk rakyat bukan Islam yang miskin. Itu sahaja soalan saya.

Rupa-rupanya dia cekup dari Internet bukan berdasarkan rujukan kepada Alim Ulama' mahupun mufti Negeri.

"Persoalan saya juga adalah berdasarkan al-Quran, surah 9, Al-Taubah ayat 60 dan beberapa maklumat dari internet mengenai zakat ini," tambahnya.

Malu sangant memalukan, cadangan sebegini datang daripada orang Islam yang tak tahu hujung pangkal kesucian Zakat.

Kita mungkin dah mula nampak, kesilapan kita memberi undi kepada PR dalam pilihanraya lepas. Tak mengapa, jangan ulang kesilapan sama.

0 comments