Hari ini, hari blogger biadap. Saya kecewa melihat internet dijadikan medium untuk menyindir agama orang lain, dan juga untuk menghina orang yang telahpun mati.

Hari ini ada dua kes yang boleh dikategorikan terlampau pertama dari blogger merangkap YB Jeff Ooi mengenai isu di'brainwash' politik Islam a la Malaysia, dan yang kedua kes Haris Ibrahim yang entah apa silap Tun Ghaffar Baba padanya, dihina dan diperlekehkan.

Kes pertama:

Rujuk blog Jeff Ooi - Abu Dhabi, a rude culture shock

Tulisan saya di blog ini - klik di sini dan di sini

Tulisan blogger Jentayu - klik di sini

Kes kedua (baru):

Tulisan Haris Ibrahim - I no understanding you, i no speaking inglis - haris ibrahim people's parliament

Tulisan balas blogger marahku -
What did Tun Ghafar do to Haris Ibrahim? - marahku.blogspot.com

Ulasan saya -

Memetik tulisan Haris Ibrahim

A joke started to make its rounds about how Ghafar ordered his breakfast one morning in New York during that meet.

Don’t know if there’s any truth to it, but it’s such a funny story, so I’ll share it with you.

Ghafar wanted toast with butter and jam. Just like the roti bakar with mentega and kaya that we get from our kopitiam here.

This is what he’s supposed to have told the waiter.

‘I want you burn the bread, but don’t burn too much, ok. Put the butter upstairs and the jam downstairs’, or something like that

1. Apakah dosa Tun Ghaffar Baba kepada Haris Ibrahim sehinggakan beliau diperlekehkan sebegitu rupa oleh Haris?

2. Cerita ini pun tidak dapat Haris tentukan kesahihannya, tetapi oleh kerana potensi untuk dijadikan bahan lawak, diletakkan juga di dalam blognya.

3. Baru-baru ini blogger ini juga telah 'merempuh' majlis hari raya Aidilfitri PM, yang mana hanya seorang sahaja yang mengucapkan Selamat Hari Raya, yang lain tidak.

4. Kenapakah Haris sanggup untuk meng'bahan-lawak'kan seorang yang telahpun meninggal dunia? Jika adapun dendam ataupun benci Haris yang membuak-buak terhadap UMNO, jangan dijadikan orang yang telah tiada sebagai objek lawak.

5. Jika ini sikap dan perangai blogger-blogger anti-kerajaan, saya rasa Malaysia tidak perlukan orang-orang yang biadap dan kurang sopan untuk memerintah.

6. Blogger marahku.blogspot menambah...

"Anyway, kalu takpandai cakap omputeh tu bodoh sangat ke? Kalau boleh cakap Queen's English tu pandai tinggi sangat ke tokohnye?

Kalu tinggi sangat tokohnya kalau pandai cakap English tu, padanlah ada orang yang pandang tinggi sangat apa saja yang dijaja oleh Barat."

7. Haris perlu minta maaf kepada keluarga Ghafar Baba dan ahli UMNO. Dosa Ghaffar kepada Haris mungkin tidak pernah wujud, namun dosa Haris kepada Ghaffar ada, bagaimana dia ingin meminta maaf, saya serah pada kebijaksanaan dan kebolehan berbahasa Inggeris Haris.

8. Tun Ghaffar Baba orang yang rendah diri, disenangi ramai, tidak pernah menyombong dan juga tidak berdendam. Ingat apa yang Anwar Ibrahim lakukan pada beliau, ada beliau melenting? Ada beliau merancang sabotaj dan menjatuhkan Anwar? Kalau orang UMNO macam ini pun Haris benci, mungkin orang se'suci' Anwar sahaja yang punyai tempat di hati Haris.

OreKelate: kawe dok reti kecek English ni, kawe ore kelate jah.. Kalu nok buat lawok guno namo kawe takpo, kawe dok kisoh.. Siyye ko Ghafar Babo, mati pung ore wak maing-maing jah..

0 comments