Laporan NST: UMNO Divisional Meetings: Dirty politics at its worst in Kelantan

Kalau dulu, istilah feverit untuk menceritakan keadaan politik UMNO Kelantan adalah 'cah keting' kali ini istilah 'bukuh' pula yang mencuri perhatian. New Straits Times melaporkan keadaan politik UMNO Kelantan yang paling buruk dalam sejarah. Ekoran beberapa kes yang melibatkan pemilihan peringkat Bahagian.

Blog ini ada membalas komen daripada pengunjung yang menggunakan nick Ore Krai, dalam komunikasi dua hala yang seperti berikut;

Salam Saudara,

Baru ni cuti raya seminggu kat Kelantan, sempat meninjau atmosphere mengenai pemilihan UMNO. Mungkin Kuala Krai juga jatuh ke tangan Khairy, kerana si Ramzi boleh memainkan peranan untuk "adjust" keadaan.

Saya sebagai pemerhati UMNO dari jauh memang rasa hairan si KJ ni sudahlah terang lagi bersuluh dinobat sebagai beban kepada UMNO dan bakal menjadi sampah sarap peninggalan
Dollah, masih medapat sokongan di peringkat bahagian.

Walaupun Mukhriz telah jauh mendahului, namun tanda-tanda masih wujud bahawa pemikiran ahli UMNO khususnya pemuda masih lagi pada tahap lama, got the money, here is my undi.

Slogan di bawa Mukhriz tepat pada dasar, perlukan perubahan. Namum tidak setanding dengan slogan setikawan, juga membawa maksud nak projek, be my friend.Wassalam.Ore Krai.

Saya ambil komen tersebut sebagai komen yang genuine daripada orang asal Kelate. Yang menghairankan saya, dimana ada sahaja 'tangan sakti hitam' tentu bahagian tersebut tidak lari daripada kontroversi. Bahagian mana yang menyokong supaya semuanya bersemangat 'setiakawan' pasti ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan mesyuarat tersebut.

Sebab itulah saya kata, walaupun PAS tak lah kuat mana di Kelantan, tapi UMNO terlalu bobrok dan gila pangkat, tiada keikhlasan. Kalau ikhlas pun setakat jadi perwakilan boleh, nak naik jadi pemimpin peringkat tinggi sedikit jangan harap lah.

Di Kota Bharu, Fatmi vs Zaid Ibrahim, terang lagi bersuluh, termaktub sudah Zaid Ibrahim ditindas. Cawangan mana bagi pencalonan pada Zaid di batalkan. Saya percaya faktor ini yang menyebabkan Zaid kecewa, tawar hati hingga melepaskan jawatan Menteri. Bukan sebab ISA, tapi sebab politik kotor ni.

Apapun blog Gapo Dio rasa tak guna kalau kita cakap, komen, kritik kalau simbol-simbol cash masih ada dalam mata orang-orang UMNO Kelantan. Bacalah laporan NST diatas, anda akan bersyukur PAS masih lagi perintah Kelantan.

OreKelate: Makey nasi BUKUH tiap-tiap pagi.. UMNO Bahagian bukuh blako, sekejap lagi UMNO bukuh jugok la, denga 'kudo hitam' skali keno bukuh, baru la UMNO buleh naik semula. Buey jauh2 anasir-anasir tangan hitam ni..

7 comments

  1. Anonymous // October 21, 2008 at 8:34 AM  

    Salam
    Saya menyokong kenyataan saudara, akibat dari bukuh ni akan menyebabkan UMNO akan bukuh tidak lama lagi.
    Utk megelak perkara ini amat payah bukan kerana setia ke wang sahaja. MAsalah utama adalah kaedah pemilihan umno yg tidak relevan dgn zaman, kalau mesyuarat bukuh boleh membawa umno bukuh, maka kaeadah tidaj relevan akan membawa umno yg tidak relevan.
    Saya amat setuju dgn cadangan KuLi, biarkan seluruh ahli menentukan siapa yg mereka mahu jadi pemimpin diperingkat tertinggi, calon2 dibenarkan utk berkempen dgn cara sihat, dibenarkan utk membentangkan idea dan wadah yg ingin dibawa, bukan dgn budaya memburuk burukkan org lain. Bukan dgn budaya memberi suapan..atau apa jua benda. Amatlah tidak adil jika hanya 7 org mewakili ribuan ahli.
    Dicawangan2, ketua cawangan tidak memberikan peluang kpd ahli utk bersuara, bahkan ahli yg hadir sekadar dtg utk mendengar dan makan laksa atau nasi berlauk, sekadar majlis makan2, aktiviti diperingkat bahagian hanya mesyuarat, mesyuarat, mesyuarat, sukan, derma, bantuan, tiada aktiviti pengimejan, tiada xtvt ekomoni, aktiviti lebih kepada kemasaratkan...
    UMNO akan makin dijauhi..

  2. UMNO Rambai Sari // October 21, 2008 at 3:46 PM  

    washad,

    mudah sahaja untuk pulihkan UMNO, kembalikan hak kepada ahli.

    Apa hak itu? Hak untuk memilih pemimpin.

    Apa guna selepas kita tengok seorang calon di calonkan 100 bahagian sekalipun tetapi mungkin kalah di peringkat pemilihan agung.

    Menandakan perwakilan bahagian tidak membawa suara bahagian. Apa gunanya buat pencalonan peringkat bahagian??

    Rombak semula sistem pemilihan dalam UMNO, hapuskan kuota, adakan debat dan saringan dalam memilih Presiden dan Timbalan. Presiden perlu bentangkan dasar dan agenda perjuangan. Ini baru betul politik.

  3. Anonymous // October 21, 2008 at 7:16 PM  

    Setuju..
    Siapakah yg akan membawa usul ini ke mesyuarat agong..
    HarapU akan ada perwakilan yg berani dan matang utk bercakap mengenai perkara ini di PWTC.

  4. UMNO Rambai Sari // October 22, 2008 at 12:35 AM  

    washad..

    kalau lah saya perwakilan, saya akan bawa usul ini.

    malangnya, saya bukan, hanya ahli biasa yang ingin menyumbang

  5. Anonymous // October 22, 2008 at 8:28 AM  

    sama juga dgn saya, cuma bernasib baik menjadi perwakilan cwgn ke pemuda bahagian, namum saya percaya jika kita berusaha menyebarkan perkara ini kepada ahli diperingkat akar umbi, insyallah, kita masih ada 2 tahun sebelum pemilihan akan datang. Hari ini kita berdua (tapi saya pasti ramai lagi di luar sana)boleh megembleng tenaga dan usaha, kita sama2 sampaikan kpd saudara2 yg lain melalui blog2 yg ada, kepada ahli di cawangan kwsn kita, kpd pemimpin bahagian, kpd rakan2 kenalan, insyaAllah jika perjuangan ini iklas utk kebaikan.
    Yg pasti kita akan dihalang oleh mereka yg berkepentingan, yg mempergunakan kelemahan sistem sekarang utk kepentingan peribadi.

  6. OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) // November 4, 2008 at 9:00 PM  

    ore krai tu tak main parti. dia pun bukan orang asal krai kot. sebenarnya kuala krai ini tak buleh bukuh sebab kita semua mahaguru politik malaysia, ore krai tentukan pemimpin, bukan pemimpin yang tentukan keputusan kita. krai lah contuh demokrasi terbebas dan ikut buku demokrasi sebenarnya. kalau tempat lain....tidak demokrasi. sebab semua pakai rakit dan semua kena bukuh dekat ketua bahagian.
    krai sokong kj sebab KB iaitu bahagian dato fatmi su politik tok najib sokong KJ juga. sebabnya inilah persefahaman antara tok najib dengan pak lah..
    lain kali kena tanya ambo... sebab ambo ni main politik sejak kcil lagi iaitu pada umur 12 tahun lagi.

  7. UMNO Rambai Sari // November 5, 2008 at 4:58 AM  

    otai,

    kenapa dato' wan zaid tak bole menang di k.krai.

    bukan fatmi tu adik ipar dia?