Muhyiddin kata pemilihan lebih sesuai dijalankan pada tarikh asal iaitu pada Disember, dan peralihan kuasa dikekalkan pada Mac 09. Beberapa akhbar terus mengambil peluang disebalik ambiguiti yang wujud daripada kenyataan Muhyiddin tersebut untuk memporak perandakan hubungan Muhyiddin-Abdullah.
Muhyiddin banyak bercakap mengenai pelan peralihan kuasa ini, maka ini adalah modal paling baik untuk memancing reaksi daripada Abdullah. Maka reaksi Abdullah telah menghentam Muhyiddin dan Mahathir dalam satu kenyataan yang dilaporkan media.
Sekarang ini, isunya bukan kehendak Abdullah, negara tidak boleh diletakkan dalam keadaan yang tidak stabil, sekiranya tempoh kempen yang lama iaitu 4 bulan menarik perhatian Menteri dan ahli politik terlibat daripada memberi komitmen penuh kepada pembangunan negara.
Sekali lagi, Abdullah telah dinasihati secara salah. Oleh siapa? Anda tentu tahu. Abdullah juga tidak keruan setelah melihat 'kuda hitam' kesayangannya tercungap-cungap untuk mencapai kuota pencalonan.
OreKelate: Kalu maroh-maroh ni maknonyo betul la gapo hok ore duk tuduh tu. Muhyiddin nok pemilihan cepat sebab takut negara kucar-kacir. UMNO ni doh la ore tok brapo brehi nok kelih doh.. Jange la maroh-maroh, bare hok tuo doh ni. Gi main ngan anok cucu la, ayoh dio sibuk sangat loni tu..
OreKelate:
Muhyiddin di'salahtafsir'kan
11:20 PM | Abdullah Badawi, Malaysiakini, Muhyiddin, UMNO | 5 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Saudara,
Dalam petikan NST tersebut, ada menyebut bahawa Dato Wan Zaid mungkin tidak layak untuk bertanding. Maklumat sama telahpun saya dengar semasa balik cuti raya.
Jika diikutkan kepada pencalonan ketua pemuda bahagian, Tuan Aziz, leftenan kepada Wan Zaid mendapat 94 pencalonan dari cawangan. Satu signal menunjukkan Ramzi sudah tidak lagi releven.
Tapi permainan Ramzi cukup licik, menyucuk hidung ketua cawangan untuk mendapat sokongan, sehingga di kampung saya berlaku perbalahan antara rakan seperjuangan.
Memang saya tidak nafikan, PAS tidak sekuat mana di Kelantan, dan banyak juga kes salah guna kuasa kerajaan negeri yang menjadi topik perbualan kedai kopi. Tapi krisis dalaman UMNO yang menyebabkan BN tersungkur.
Pendapat peribadi saya, selagi UMNO Kelantan di tangan Annuar Musa, maka tidak akan reda keadaan huru-hara.
Wassalam.
Ore Krai.
Ore Krai,
Itulah UMNO saudara, ini penyakit parti yang memegang tampuk pemerintahan.
Lalat akan sentiasa mengerumuni najis, dan saya rasa satu cara untuk 'bersihkan' UMNO daripada lalat-lalat ini adalah secara kalah dalam pilihanraya umum.
Saya percaya lalat-lalat berhati busuk, tidak ikhlas, serta mementingkan perut dan poket sendiri ini akan terbang berduyun-duyun ke Najis yang baru.
Komen saudara mengenai Annuar Musa, saya pilih untuk lebih kepada setuju berbanding tidak. Beliau punyai pengaruh, betul tapi Ore Kelate tok suko.. Macam ni la, Ore Kelate akan tengok siapa bakal MB. Mereka akan letak kedua-dua calon ni sebelah-menyebelah. Kemudian mereka akan analisa dari hujung rambut hingga ke kuku kaki.
Nik Aziz vs Annuar Musa vs Awang Adek.. Nik Aziz menang hands down
Annuar Musa merupakah tokoh, beliau byk menabur jasa di Kelantan tetapi jasa jsanya masih tidak cukup utk menutup kesalahan dan dosa2 beliau dari kaca mata rakyat utk membuatkan rakyat kelantan menyokong beliau. Org2 sekelilingnya juga tidak ramai yg iklas maka jadilah dia kambing hitam yg terpaksa dikorbankan. Kekuatan beliau masih belum menyakinkan rakyat maka kesimpulannya beliau masih belum layak utk diangkat menjadi mnteri besar.
Sekadar pendapat dari saya.
washad,
masa pilihanraya dulu, memang tak dapat nafi, PAS pun gerun dengan jentera UMNO, ada yang berani cakap 50-50 peluang. Tapi, tiba-tiba je tukar kapten, Awang Adek pula jadi calon MB. Moral orang UMNO jatuh, lepas tu ada pula 'tangan hitam' yang pandai-pandai letak nama calon pilihan dia, bukan pilihan anak kelate.
urs
Nampaknya kita ada byk persamaan pandangan, sya setuju bahawa salah satu sebab kelantan kalah teruk adalah sebab pertukaran general, selepas penamaan calon jentera UMNO seakan lemas, terus statik, seakan tidak bergerak, pemimpin di bahagian pulak seoelah2 tengelam punca, tak boleh nak handle dan bergerak sendiri, dicawangan2 tak tahu nak buat ape.. masa seakan terhenti.. walaupun ada sebab lain tapi pada saya ia adalah penyebab utama dikelantan, nama baru yg dicadangkan sebenarnya belum cukup mantap bari sudut pandangan rakyat. Apakh benar bahawa pemimpin umno masih lebih mementingkan diri dari memastikan kemenangan UMNO di kelantan?