Mukhriz layak bertanding Ketua Pemuda - ref Malaysiakini

Kurang seminggu selepas bermulanya mesyuarat Pemuda Bahagian seluruh Malaysia, calon 'underdog' Mukhriz Mahathir berjaya melayakkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan Agung UMNO 08/09. Mukhriz sehingga kini telah mengumpul 40 pencalonan, mengatasi angka minimum pencalonan iaitu 39.

Diharap agar lebih banyak lagi pencalonan akan diberikan kepada Mukhriz, dan calon-calon lain agar demokrasi dalam UMNO akan dapat dipulihkan dan kembali dihormati.

Satu masalah yang mungkin boleh menghantui Mukhriz adalah legasi bapanya, Tun Dr. Mahathir. Beliau harus dilihat mampu membawa diri tanpa mengharapkan pengaruh bapanya. Keputusan dan buah fikiran Mukhriz tidak semestinya membawa nada yang sama dengan bapanya, dan tidak salah sekiranya sekali-sekala mereka tidak sependapat.

Diberitakan, ada beberapa cubaan untuk membeli undi untuk menjatuhkan Mukhriz, namun jika benar dakwaan ini, kejayaan Mukhriz melayakkan diri membuktikan UMNO bukanlah parti yang boleh digadaikan dengan sogokan wang ringgit. Jika betul, ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif dalam usaha membersihkan nama UMNO.

Semoga berjaya kepada Mukhriz dan calon-calon Ketua Pemuda yang lain. Buat Pemuda Bahagian, UMNO perlukan perubahan, keberanian saudara akan menentukan masa hadapan UMNO.

2 comments

  1. tok janggut // October 13, 2008 at 12:14 PM  

    Dulu mukhris bimbang tak lepas pencalonan kerana ada orang main kotor katanya. Tapi sekarang lihatlah malaysia. Adakah politik simpati beliau atau politik bapanya atau politik orang-orang mukhris telah membuatkan beliau berjaya. Tak siapa yang tahu.

  2. UMNO Rambai Sari // October 13, 2008 at 3:44 PM  

    tok janggut,

    Ini adalah menyerupai aura pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini cuma dalam skala yang agak kecil. UMNO mahukan perubahan, dan semangat Islah inilah yang memacu pencalonan demi pencalonan untuk Mukhriz.

    Cantik nama Tok Janggut, pejuang Kelate dan alim Ulama' yang sangat dihormati, harap dapat bawa semangat Tok Janggut di alam blog