VS

Presiden: PM minta UMNO pilih Najib - http://www.malaysiakini.com/news/91166

"Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik," kata perdana menteri selepas menyampaikan ucaptama di Forum Serantau
Amerika Syarikat dan Dunia Islam di Kuala Lumpur.
Adakah kenyataan sebegini adil kepada Tengku Razaleigh Hamzah? Ini kerana, dengan adanya kenyataan yang berat sebelah, sudah tentu mesyuarat-mesyuarat bahagian akan cenderung untuk memilih calon pilihan PM.

Di sebalik ura-ura Najib akan menjadi proksi Mahathir, dan konsep Mahathirisme mula timbul di permukaan, Abdullah masih lagi memilih Najib sebagai pilihan terbaik. Bukankah pengkritik utama Abdullah adalah Mahathir bukannya Anwar?

Maka, jika ini boleh berlaku, saya tidak hairan dan mengharapkan Abdullah boleh juga menyatakan calon pilihan beliau bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapakah gerangannya, Mukhriz barangkali?

0 comments