Hujung minggu lalu menyaksikan yang mustahil menjadi mungkin, yang pasti menjadi boleh-jadi-kot. Mukhriz berjaya mendapatkan pencalonan yang bukan sahaja mencukupi malahan lebih untuk jawatan Ketua Pemuda, Calon pilihan KJ pula dilihat terkial-kial mencari bumi untuk berpijak. Khir Toyo juga kelihatan mula mengorak langkah.
Tinggalkan persaingan Jawatan Ketua Pemuda, kita tumpukan pula kepada perebutan Presiden parti. Jika diukur daripada keputusan pusingan pertama mesyuarat bahagian minggu lepas, Najib akan mendapat kemenangan mudah.
Kami masih menunggu pencalonan pertama untuk Ku Li dan diharap pencalonan pertama akan memberi kesan domino sehingga Ku Li layak untuk bertanding. Kenapa perlu ada pertandingan? Ianya akan memberi nafas baru kepada demokrasi UMNO, dan juga akan memartabatkan kembali sistem tersebut. Kedua, pemenang akan diberi mandat yang akan mengukuhkan kedudukan bukan sahaja sebagai Presiden, namun juga sebagai Perdana Menteri Malaysia.
OreKelate: Macamano la, bahagian kelate pun tok se sokong anok negeri Kelate. Apo saloh kito wi pelue, kalu betul Najib ada pengaruh, wak maghi la sapo2 pung hok nok lawe, mesti dio meney jugok. Ore Kelate nok tengok ado pertandinge, jange guno la alasan parti buleh berpecoh, kalu halang pertandinge, lagi berpecoh ado la. Kembalike hak ahli!
Menunggu pencalonan pertama Ku Li
2:34 AM | Keputusan terkini pemilihan UMNO, Ku Li, Malaysiakini | 3 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Saudara,
Saya pun tertunggu tunggu berita pencalonan Ku Li. Walaupun kurang arif pasal Politik secara mendalam atau UMNO secara khasnya tetapi sebagai rakyat biasa, mahu ambil tahu juga kalau kalau beliau telah dan siapa yang mencalonkan.
Salam.
Pada pendapat saya, utk melihat percalonan Ku Li, maka pengundian secara sulit harus dijalankan, saya berkesempatan bercakap dgn beberapa perwakilan, mereka berkata seolah2 dipaksa menyokong percalonan DS Najib bila pengundian terbuka dijalankan ini kerana Ketua Bahagian sentiasa memerhati mereka.
Akak,
Saya rasa Ku Li akan memberikan persaingan sihat dalam pemilihan Presiden. Beliau juga tidak kurangnya pengalaman dan sumbangan terhadap negara.
Saudara Anonymous,
Saya setuju dengan cadangan saudara, sukar untuk menyatakan sokongan kepada Ku Li atau calon-calon pencabar lain jika K.Bhgn dan kuncu2nya sentiasa memerhatikan. Saya menanti sistem pengundian yang lebih baik dan efisien dalam pemilihan peringkat akar umbi UMNO.
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komentar, silalah lawat lagi.