Dikemaskini sehingga jam 12tgh, calon Ketua Pemuda, Mukhriz Mahathir mendapat lagi pencalonan daripada jempol, jelebu, pagoh, teluk intan, bukit gelugor, dan tasek gelugor menjadikan jumlah pencalonan beliau setakat ini 12 berbanding khairy yang hanya mendapat tambahan satu pencalonan dari kota kinabalu.

Khairy dilaporkan dilihat di airport senai, dipercayai untuk cuba mendapatkan sokongan.

Khir Toyo pula menokok 2 pencalonan daripada kapar dan cheras

2 comments

  1. Singh Is Kinng // October 11, 2008 at 8:58 PM  

    Salam Saudara,

    Baru ni cuti raya seminggu kat Kelantan, sempat meninjau atmosphere mengenai pemilihan UMNO. Mungkin Kuala Krai juga jatuh ke tangan Khairy, kerana si Ramzi boleh memainkan peranan untuk "adjust" keadaan.

    Saya sebagai pemerhati UMNO dari jauh memang rasa hairan si KJ ni sudahlah terang lagi bersuluh dinobat sebagai beban kepada UMNO dan bakal menjadi sampah sarap peninggalan Dollah, masih medapat sokongan di peringkat bahagian.

    Walaupun Mukhriz telah jauh mendahului, namun tanda-tanda masih wujud bahawa pemikiran ahli UMNO khususnya pemuda masih lagi pada tahap lama, got the money, here is my undi.

    Slogan di bawa Mukhriz tepat pada dasar, perlukan perubahan. Namum tidak setanding dengan slogan setikawan, juga membawa maksud nak projek, be my friend.

    Wassalam.

    Ore Krai.

  2. UMNO Rambai Sari // October 11, 2008 at 9:16 PM  

    Kuala Krai dulu kawasan abang Dato' Fatmi, sekarang dia dah tak ada di situ, mungkin Ramzi terlalu kuat pengaruh.

    Mungkin KJ boleh buat magic di Kuala Krai, tapi kalau nak pulun Kelantan ambil la, satu negara dah ada AURA BERANI BERUBAH.

    Satu Malaysia tahu KJ punca UMNO tewas teruk.

    Tak percaya, tanya akar umbi. Jangan tanya pemimpin akar umbi, yang dah kenyang makan buah tangan.

    Terima kasih Ore Krai

    terus memerhati, kritik bila perlu, sama-sama kita jaga UMNO daripada hancur akibat kerakusan Manusia..