Berdasarkan pengamatan saya menerusi laporan terbaru Malaysiakini bertajuk "Pemimpin tertinggi sertai rundingan PAS-Pakatan", boleh jika nak kata impian Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berkecai.

Melalui keputusan mesyuarat lujnah politik PAS, 5 pemimpin tertinggi akan mewakili PAS dalam mesyuarat PR yang bertujuan untuk 'menyemak nama-nama pemimpin BN yang akan menyertai PR'.

5 nama tersebut adalah Presiden PAS, TG Hadi Awang, Timb. Presiden, Ust. Nasharuddin, Naib Presiden, Muhammad Sabu, Husam Musa, dan Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaafar.

Secara kasarnya kita boleh kategorikan kelima-lima pemimpin ini kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama, yang wasatiah dan ingin menumpukan prestasi kerajaan Pakatan yang dikuasai melalui mandat yang sah, dan kumpulan kedua, pasukan yang mewakili pihak yang tidak sabar-sabar ingin menakluki Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

Sesetengah pihak lebih suka untuk menggelar kumpulan kedua ini sebagai Tim Erdogan, pada saya bagi apa nama sekalipun, mereka tetap sama. Sedikit prebiu dan info berkaitan mengenai pemimpin-pemimpin diatas.

1. TG Haji Hadi - Presiden PAS, PAS Terengganu, penasihat Politik beliau adalah Mustafa Ali (Cikgu Pa), berhati-hati terhadap penglibatan PAS dalam PR, ingin lihat majoriti Muslim memerintah, skeptikal terhadap kegopohan PR.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 30%

2. Ust. Nasharuddin Isa - wakil PAS berunding dengan UMNO, dikecam Tim Erdogan serta dituduh khianat dan pro-UMNO (bersama dengan Cikgu Pa), dituduh gila kuasa (sedangkan mereka yang menuduh tidak gila kuasa), perwatakan less volatile, disenangi lawan dan kawan, hormat dan menghormati sesama pemimpin PAS.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 35%

3. Muhammad Sabu - sejarah membuktikan beliau tidak suka Anwar Ibrahim (AI), punyai pengalaman yang paling lama bersama AI berbanding pemimpin PAS lain, menggelar anwar Al-Jub#@i ketika Anwar dituduh sodomi I, paling skeptikal terhadap niat AI, berkali-kali menegaskan penting menumpukan pada prestasi berbanding usaha untuk jatuhkan kerajaan BN,mengkritik ulama' muda bawah 40 tahun (majoriti Tim Erdogan) yang gelojoh, serta kurang hikmah, secara terbuka tidak bersetuju PR memikat MP BN untuk lompat. Veteran PAS yang kenal asam garam Politik.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 15%


4. Husam Musa - pemimpin yang tidak popular di Kelantan tetapi sangat popular di luar Kelantan, dan juga negara Arab, ada pengaruh kepada Mursyidul Am PAS, sheih kickdefella adalah penyokong tegar Husam, lebih banyak masa Husam dipentas PKR berbanding PAS. Tidak dinafikan ada karisma namun kurang 'kick' di Kelantan. Calon Menteri Besar selepas PRU12, namun Nik Aziz tidak bersedia untuk lepaskan jawatan kerana bimbang PAS bergolak. Blog anti-husam diadakan untuk menangkis dan menjatuhkan Husam, digelar pemimpin Tim Erdogan PAS. Mungkin akan mendapat jawatan besar dalam kerajaan Persekutuan PR.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 80%

5. Kamaruddin Jaafar - Setiausaha Agung PAS, rakan karib Anwar Ibrahim, imej Ulama'? mungkin lebih kepada Professional PAS. Seringkali terlibat dalam mesyuarat Pakatan yang dihadiri De facto leader PKR, Pemimpin ulung DAP, dan beliau sebagai wakil pemimpin PAS.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 100%

Berikut adalah sedikit ulasan dan telahan saya selaku pemerhati, PAS akan membawa suara yang lantang dalam pembentukan kerajaan tidak beretika ini. Jika Karpal Singh, LKS, dan pemimpin-pemimpin lain dalam DAP yang sekular ini lebih gemar jika PR tidak membentuk kerajaan melalui MP lompat, takkanlah PAS pula yang terhegeh-hegeh terlalu kemaruk untuk memerintah di Putrajaya.

Nasib baiklah Khalid Samad tidak termasuk dalam tim ini, jika tidak kedudukan kedua-dua kumpulan akan jadi 3:3, Khalid Samad sudah tidak sabar ingin menjadi Menteri barangkali.

OreKelate; Harap sangak kebijoksanae Tuan Guru Hadi, kawe dengar ulama' Arab ni buke nyo cayo sangak ko Nuar ni.. Acu tengok gak sapo hok saing perjanjie Anatoli Summit hok usir penduduk Palestin nuh!! Tengok mmolek ado namo Nuar daley tu, sokong malau'n Amerika..

3 comments

  1. melayuangkat // October 10, 2008 at 9:30 PM  

    Assalamualaikum,

    Hebat sungguh analysis ini. Kalau dari sini saya kata, Pemipin PAS Ust Nash dan Mat Sabu yang paling berwawasan.

    WaAllahuAlam.

  2. Anonymous // October 10, 2008 at 10:43 PM  

    Salam Saudara,

    Agaknya Khairy dapat sapu bersih pencalonan di Kelantan. Apa ilmu dia pakai?

  3. UMNO Rambai Sari // October 11, 2008 at 12:54 AM  

    melayuangkat,

    Saya follow blog akak, menarik dan versatile, terima kasih jenguk blog ni. Silala datang lagi.

    Ore krai,

    Kawe ada warih di krai.. Haha.. Khairy paka ilmu ekonomi kot? Dio tak tahu kelate sikit lagi nak menang pru hari tu. Lepas dia dtg je, kutuk nik aziz, abis kaloh... Tok cayo tanya ore tumpat, tanyo kenape asyraf wajdi kalah..