Najib sudah menjadi sasaran sebelum diumum menjadi pengganti PM lagi, dengan isu Altantuya, kapal selam, dan juga isu isteri beliau Rosmah. Terbaru isu pembelian Eurocopter.

Saya tidak mahu sentuh isu-isu awal, kerana saya percaya apa yang kita dapati dalam alam maya ini, ulasan-ulasan daripada blogger yang sangka mereka lebih pandai daripada peguam, hakim dan lebih tahu daripada Altantuya sendiri telah menyebabkan saya hilang minat untuk mengikuti kontroversi ini selain menunggu 'berita' daripada Mahkamah.

Isu helikopter yang telah dibawa ke Parlimen oleh Anwar Ibrahim, secara terang-terangan merujuk kepada surat Kapten (B) Zahar kepada media dan juga pihak pembangkang. Dalam surat tersebut beliau membidas tindakan Kementerian Pertahanan yang memilih 12 buah Eurocopter berbanding 30 buah Kazan yang dibida oleh syarikat Kapten tersebut, Mentari Services.

Saya dapati pendedahan ini adalah kerana beberapa perkara yang boleh kita anggap isu peribadi.

1. Kapten (B) Zahar kecewa Kementerian Pertahanan menolak tawaran syarikat beliau.
2. Pendedahan ini sengaja disampaikan kepada pihak Pembangkang sebagai 'blackmail' kepada Najib.
3. Anwar Ibrahim secara peribadi telah bertemu dengan Kapten (B) Zahar untuk mendapatkan pengesahan beliau.

Jika Anwar bertemu Kapten tersebut seribu kali sekalipun, ianya tidak mengubah hakikat yang info tersebut hanyalah daripada satu pihak, Anwar perlu dengar 'another side of the story'. Pembangkang memilih untuk terus menembak dengan 'peluru' terbaru mereka itu, dan Malaysiakini (juga dikenali sebagai Anwarkini) telah memainkan peranan.

Jika kita ingin bercakap mengenai penjimatan, lebih banyak lagi helikopter berkualiti rendah yang boleh dibeli, bukan sahaja Malaysia akan dapat 30, mungkin 100 buah. Soalnya, apakah spesifikasi yang diperlukan MoD, adakah dengan adanya 30 Kazan, keperluan pertahanan Malaysia lengkap?

Negara-negara serantau rata-rata menggunakan Eurocopter sebagai pilihan, contohnya Thailand, South Korea, Singapore, Phillipines, Indonesia, Japan dan banyak lagi. Takkan kita nak beli helikopter yang tak ada negara sanggup pakai? Patutlah boleh tolak dengan harga murah, beli satu percuma satu kah?.

Apabila pembangkang membawa isu berkaitan pertahanan, jelas kelihatan mereka ini tidak fikir panjang, asalkan dapat menembak pihak kerajaan, objektif tercapai. Contoh, ingatkah kita dulu isu latihan komando, Saifuddin Nasution cuba memperkenalkan latihan yang lebih 'lembut' kepada komando-komando kita. YB, pelatih-pelatih komando ni tiada siapa yang jemput, tiada siapa yang pilih, mereka datang tanpa dijemput. mereka hadir untuk berkhidmat.

Mereka lah harapan negara dan mana boleh mereka diberi layanan lembut dan istimewa, mereka perlu dilatih begitu, bayangkan jika mereka ditangan musuh? adakah mereka akan diberi makan telur, timun dan kuah kari (Dog Food)? Mungkin mereka akan diberi makan najis.

Isu helikopter ini adalah 'sour grapes' daripada Kapten (B) Zahar, mana boleh tak kecewa, untung berjuta-juta terlepas. Maka, beliau memilih untuk team up dengan pembangkang, dengan harapan jika hari ini Anwar Ibrahim ambil alih kerajaan, esok bukan sahaja harga minyak turun, tetapi 30 helikopter Kazan berbaris dihadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

OreKelate: kalu kecewo tu mace2 buleh jadi, tengok Zaid Ibrahim tuh, kecewo keno sabotaj di Bahagian UMNO Kota Bharu, sapa toksey jadi Menteri doh. Kebetulae jah kes ISA tu maso tu, buleh wak alasan...

3 comments

  1. azlishukri // October 15, 2008 at 9:40 PM  

    plan siapa agak2nya...

  2. UMNO Rambai Sari // October 15, 2008 at 10:03 PM  

    azli.

    isu sekarang bukan plan siapa? tetapi ketirisan dan ketidakkebalan kementerian pertahanan dalam mempertahankan maklumat-maklumat penting.

    cuba bayangkan kalau maklumat penting keselamatan negara jatuh ke tangan KGB, CIA dan ajensi perisikan negara-negara lain.

    banyak sangat politik, ketenteraan harus bebas daripada politik. Kapten (B) Zahar adalah contoh tentera yang tidak berjiwa tentera. Di bukanya pekung kemenenterian kerana kecewa tawaran ditolak.

    nation first!

  3. Anonymous // October 16, 2008 at 8:44 AM  

    Sokong UMNO rambaisari..Kptn macam gitu sepatutnya buang sbelum bersara.. tidak layak utk prebet pun.. apatah lagi kapten..mengbih duit kerajaan aje bayar pencen.