Malaysiakini - Raja-raja calon Zaki ketua hakim negara

Majlis Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan untuk mencalonkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara.

Keputan tersebut dibuat hari ini dalam mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung di Kuala Terengganu hari ini, demikian sumber-sumber memberitahu Malaysiakini.

Sebelum ini ada beberapa desakan daripada Bar Council dan ahli-ahli politik pembangkang yang tidak mahu Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Kali terakhir pihak pembangkang tidak bersetuju dengan ketua hakim negara adalah apabila Tan Sri Fairuz hampir menamatkan kontrak, sebelum kerajaan menimbang untuk menyambung tugas Tan Sri Fairuz, muncul pita rakaman Linggam, maka khidmat Tan Sri Fairuz tidak disambung.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Majlis Raja-raja melantik ketua hakim negara atas nasihat perdana menteri.

Perlantikan tersebut, yang belum dimumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi ekoran kaitan Zaki sebelum ini dengan Umno.

Walaupun Perdana Menteri menasihati majlis Raja-raja, harus diingat dua kali nasihat Perdana Menteri selaku ketua Barisan Nasional ditolak semasa mencalonkan Menteri Besar. Ketika itu pembangkang begitu gembira apabila kelihatan YDP Agong tidak 'sebulu' dengan UMNO. Kali ini apa pula reaksi pemimpin pembangkang, mungkin mereka akan menuduh Raja-raja menjadi tali barut UMNO pula.

Ataupun YDP Agung 'murka' kerana nama baginda telah dijaja dan diperalatkan oleh pembangkag untuk menutup malu kegagalan projek 16 September.

Bar Council dan konco-konco, dimana suara lantang kamu, Silakan lah menentang titah Raja-raja Melayu, saya akan menjadi yang pertama mengecam tindakan Bar Council sekeras-kerasnya. Raja Melayu adalah ketua Agama Islam dan Adat melayu, silakan..

Amaran Lim Kit Siang - Abdullah forewarned, avoid valedictory judicial scandal with new Chief Justice Zaki Azmi

Amaran Majlis Peguam - Consulting rulers critical in appointment of chief justice

5 comments

  1. tok janggut // October 16, 2008 at 9:54 PM  

    Terima kasih kerana singgah di fotopages saya. Tentang jiran saya tu, biarlah. Saya tak kisah sangat sebab masih ada cara untuk mengatasinya. Kalau dah tak ada cara lagi nak selamatkan keadaan barulah saya akan bersemuka. Ore kelate ni lain sikit, kalau dia tak marah tak apa, tapi kalau dia marah buruk padahnya.

  2. Hasbullah Pit // October 18, 2008 at 8:23 PM  

    Terima kasih kerana melawati blog saya.

    Templat kita sama rupanya.

  3. UMNO Rambai Sari // October 19, 2008 at 11:16 PM  

    tok janggut,

    Ore Kelate ni memang lain, gedebe tapi bertempat dan bersebab.

    hasbullah pit,

    template kita sama, isi tak serupa, blog anda bagus, saya juga mengikuti blog anda.

  4. Anonymous // October 20, 2008 at 6:29 PM  

    Masalahnya seperti biasa, alasan diberikan... majlis raja2 depergunakan, di arah, di suruh dan macam2 lagi. Nak bagi nampak puak dia tak salah..
    Saya ingin mencadangkan sesiapa yg memperlekehkan perutusan majlis raja ini tak kira siapa, termasuk yg menulis komen didalam blog menghina atau mengeluarkan kata2 biadap terhadap raja2 ditangkap dan didakwa atas kesalahan menderhaka kepada yg dipertuan Agong dan Raja2.. Baru diorang ni reti nak hormat kepada ketua negara.
    Sekian

  5. UMNO Rambai Sari // October 21, 2008 at 3:36 PM  

    washad,

    hari ini baca Malaysiakini, Salahuddin Ayub nak usul bahas pelantikan Ketua Hakim.

    Salahuddin telah sahut cabaran saya pada sesiapa yang nak langgar titah Tuanku.

    Puak-puak PR ni kalau keputusan Raja-raja memihak pada mereka, bertepuk bergendang mereka gembira. Kalau tak satu arus ngan mereka, haa silap haribulan Raja-raja kita pun akan jadi mangsa perakuan bersumpah ala RPK style