Plan peralihan kuasa Wanita UMNO kekal, saranan Sharizat ditolak dalam mesyuarat selama 5 jam di PWTC semalam.
Kenapa perlu peralihan kuasa? Kenapa perlu Sharizat bertanding jawatan no.2 Wanita apabila plan peralihan kuasa Jun (3bulan selepas pemilihan UMNO Mac 09) pasti akan menyebabkan jawatan no.2 Wanita UMNO kosong. Sharizat pula hanya akan memangku jawatan ketua Wanita sehingga akhir penggal.
Kalau ada pun plan peralihan ini, terangkan kepada ahli apa rasionalnya? Kalau sekadar ingin memuaskan hati Kak Pidah, lebih baik tidak perlu bahagian Wanita seluruh negara bersidang dan buat pencalonan.
Sayap Wanita adalah sayap yang paling berharaga dalam UMNO, kalau kita lihat secara general, golongan wanita adalah yang paling rajin dan bertenaga terutamanya ketika merayu undi. Untuk bersedia menghadapi pilihanraya umum ke-13, sayap ini yang perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.
Plan separuh siap ini tidak akan membantu. Hentikanlah. Serahkan sahaja kepada Sharizat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Saudara,
Yang saya nampak permainan mereka untuk merebut jawatan sama ada ketua pemuda, ketua wanita dan timbalan presiden akan membawa kepada keruntuhan UMNO.
Walaupun saya berada di luar circle UMNO, namum tidak pula sanggup melihat perjuangan yang ditegakkan oleh arwah ayah dan rakan-rakannya akan hancur berderai disebabkan oleh perebutan kuasa.
Jika ada kelapangan, sudilah berkunjung ke sisi
http://the-antigonist.blogspot.com/
Wassalam.
Ore Krai.
Plan peralihan ini bukan utk kbaikan.. bahkan membawa lebih byk keburukan.. Nenek Fidah boleh berundur dgn scara terhormat jika awal2 lagi dia umumkan menarik diri sebelum Mak Sharizat itu bersuara..
Kedegilan Nenek Fidah ni akan dilihat seakan2 ada sesuatu disebaliknya.. apakah agenda sebenar rafidah? menutup peluang Sharizat atau membuka peluang KameliaE
Ore Krai,
selamat mula berblog, saya memang hargai kesudian saudara dan washad setia memberikan komen. Semangat saya untuk terus menulis berkobar-kobar.
Izin saya link blog anda ke blog saya.
Seperti saudara, saya sayangkan prinsip perjuangan asal UMNO. Saya rasa kita semua terhutang budi kepada bapa-bapa pengasas UMNO dan parti itu sendiri.
Saya tidak pasti apa motif rafidah untuk tidak berundur terus. Apa sangat yang boleh dibuat dalam jangkamasa 3 bulan tambahan itu?
Washad,
Sharizat di persimpangan, samada terpaksa lawan Datuk Kamilia ataupun lawan terus Rafidah. Atau adakah Rafidah yakin Sharizat akan kalah ditangan Datuk Kamilia seterusnya peralihan kuasa Rafidah-Sharizat terbatal dengan sendirinya.
Saya kata Sharizat, lawan saja Rafidah tu.
separuh jawapan kepada persoalan sudah terjawap bila sharizat umum bertanding jwtn no 1, separuh lagi ditangan rafidah.. samada terus atau lawan.. kalau saya, rasanya blm terlewat terus bagi kepda sharizat, kalau nak cantik, nak dihargai, umumkan aje masa perhimpunan, masa berucap terus tarik diri dan serahkan kpd sharizat, maka ia lebih dramatis, lebih diingati oleh perwakilan, pasti ada yg kecil hati tak kurang yg akan mengata wanita besi takut tapi seharusnya usah dipedulikan kata org, yg penting iklas utk kebaikan wanita umno sendiri..
Nampaknya harapan saya nak lihat Rafidah serahkan kpd Sharizat masa perhimpunan agak mustahil, tapi belum tertutup,
Nampaknya seakan benar tanggapan bhw Rafidah nak tengelamkan Sharizat, macam Zaharah dikaramkan dulu.
Nampaknya kena tunggu dan lihat je lah. Apa agenda Rafidah sebenarnya, mungkinkah dia tak yakin dgn sharizat? Atau dia masih mgharap nak jadi menteri lepas Najib naik nanti?
Semua sudah nampak rafidah masih gila kuasa.
ingatkah lagi kenyataan rafidah apabila tidak dilantik menteri kabinet lebih kurang begini katanya, buat apa dia bertanding pilihanraya kalau tidak dilantik menjadi menteri.
sudah lah. sudah terang lagi bersuluh. memang betul kuasa sekali dapat sukar betul untuk dilepaskan, lebih teruk daripada syabu.
bakpo tak masuk isu manek urai ni bro...
abe harap jangan terperangkap dgn umpan nik aziz... kita serang hujah dia kata umno komunis dan ayah pin.... dan serang juga KPI dia 20 tahun perentah kelantan dgn banyak rasuah dan salahguna kuasa org2 dia.... nik aziz ditipu atas darat oleh puak2 pas,,, kesian nik aziz