".... masa menjawab tinggal lagi 40minit, kepada calon yang ingin meninggalkan dewan boleh berbuat demikian sekarang, tiada calon dibenarkan keluar dewan dalam 30minit terakhir... "

Macam itu lah bunyinya pengawas peperiksaan mengingatkan calon-calon yang ingin keluar awal semasa peperiksaan. Kenapa keluar awal? Adakah soalan terlalu mudah? Masa menjawab terlalu panjang? Ataupun susah sangat sehinggakan tiada hujah untuk dijadikan jawapan?

Kebanyakkan daripada calon memilih untuk keluar kerana sudah siap, ataupun sudah hilang harapan.

Apa agaknya alasan pihak pembangkang yang keluar dewan semalam. Najib telah menjanjikan ruang dan peluang untuk perbahasan sebaik sahaja beliau selesai. Pembangkang ini gelojoh sangat, maklum lah diketuai manusia yang gelojoh juga, tidak boleh bersabar.

Alasan Najib diberi adalah mereka kena dengar semua baru boleh dapat gambaran, tidakkah memberikan ruang untuk penjelasan adalah hak YB yang sedang berucap?

Adakah kerana plan rangsangan ekonomi yang dibentangkan itu sukar untuk dicari kelemahannya? Adakah pembangkang tidak boleh dilihat bersetuju ataupun menyokong polisi kerajaan?

Keputusan, keluar dewan lagi senang. Kurang malu sebab tak tahu nak balas macamana, lebih senang cakap Najib tak mahu kasi peluang bahas. Tutup kelemahan sendiri.

Lebih lucu, lawak dan kelakar, ada seorang ahli Parlimen ini tiada dalam dewan, tapi nak juga beri ulasan dan buat kenyataan akhbar seolah-olah berada di tempat kejadian. Apabila ditanya wartawan yang hadir kenapa buat kenyataan walhal beliau tiada, beliau hanya mampu menelan dua tiga teguk air liur terkedu. Baca disini untuk laporan tersebut.

OreKelate: Anwar ni nok ko toksey masuk Parlimen ni? Hari pertamo pun tubik jugok, hari ni pun tubik dewan, haghi tu ssungoh benar nak meney Parlimen Permatang Pauh... Mace-mace la perangai Pembangkang ni, merencatkan plan selamatkan ekonomi negara.

0 comments