‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.
Petikan diatas merupakan kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dalam memberi respon mengenai perlantikan Mdm Low Siew Moi sebagai GM PKNS. Perlantikan beliau dicadangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun terdapat dua orang calon Melayu yang layak.

Jika Khalid Ibrahim merasakan Mdm Low calon terbaik yang mampu membawa PKNS maju berbanding ketika dibawah pemerintahan BN, saya percaya Mdm Low adalah orang pertama yang patut disingkirkan daripada PKNS. Kenapa? Kerana beliau ada 30tahun pengalaman dengan PKNS, ini termasuk ketika dibawah pemerintahan BN, dan PR mengatakan PKNS tidak maju dibawah kerajaan lalu, Mdm Low merupakan 'orang besar' PKNS dulu,kini dan selamanya.

PAS pula disisihkan seperti biasa. Sudah lah perjuangan Islam entah kemana dalam PR. Pemimpin yang vokal mengenai Islam dipanggil jawatankuasa disiplin dengan harapan boleh tone down sedikit. Namun, bila cakap mengenai Islam, parti politik comes later after religion. Maka YB ini pun tanpa takut dan segan terus lantang mengkritik, PKR takut DAP akan bertindak balas.

Macamana nak perintah negara kalau di Penang ikut cara DAP, di Kedah ikut cara PAS, di Selangor pula ikut cara PKR (baca: DAP), apa guna deklarasi rakyat? Apa guna manifesto umum PR? Macamana nak serahkan amanah untuk tadbir negara, banyak sangat kepala dalam PR. Kalau macam ni halnya, biarlah orang kata UMNO kaki buli pun, sebab senang satu kepala sahaja tak jadi masalah macam ini, semua perasan pandai terutamanya PKR yang tak sedar jentera pilihanraya banyak bergantung kepada kekuatan PAS akar umbi.

Hadi dahulu pernah kata, dia risau Penang akan jadi Singapura ke-2, sekarang Hadi cuba elak Selangor jadi Singapura ke-3 pula. Memang betul dalam tsunami politik kali ini yang kalah bukan UMNO, bukan BN tetapi MELAYU!!!

OreKelate: Ambo Sokong PERKASA!!!

3 comments

  1. Anonymous // November 3, 2008 at 10:33 PM  

    memang benar.. yg kalah adalah melayu.
    Bila perkara ini disebut, datang pula manusia melayu yg menyebarkan ini adalah cara kuno umno, membakar isu perkauman utk mendapatkan sokongan melayu. Begitu licik mereka cuba mematahkan perjuangan mepertahankan hak2 melayu. Bukan sedikit manusia melayu yg termakan dakyah mereka, mereka tahu yg ramai melayu yg marah dan tidak suka kpd umno, jadi dgn mempergunakan amarah yg berbaki dlm hati kpd umno, mereka menyebarkan dakwaan busuk dan berniat jahat utk menghalang kebangkitan org melayu. Padahal semangat mempertahankan hak melayu islam ini tidak akan merugikan sedikitpun hak bangsa melayu bahkan akan memberi kelebihan tetapi alangkah malangnya, kerana amarah kita terpedaya.. memang benarlah sabda nabi, amarah itu akan merosakan hati.. membawa seribu keburukan.. sedarlah wahai org melayu islam, kita boleh berbeza pendapat, tapi jgn sesekali perbezaan itu menghancurkan hak2 kita..
    Wallahulam.

  2. OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) // November 4, 2008 at 9:06 PM  

    aberamly.wordpress.com

    ramlyotai.blogspot.com

    silalah masuk blog abe getek... abe duduk kelate jugok.

    sama2 sokong kelantan.

    kelantan untuk kelantan!

  3. UMNO Rambai Sari // November 5, 2008 at 1:20 AM  

    konsep sebenar mudah sahaja. kalau kita bangunkan melayu, bangsa majoriti di Malaysia, seluruh negara akan maju.

    UMNO sudah jadi mangsa, bukan lagi pemangsa. UMNO adalah sasaran mudah untuk parti-parti pembangkang main polemik perkauman. Kerana UMNO berjuang untuk kaum Melayu sahaja? Perjuangan ini yang memerdekakan Tanah Melayu. Perihal perjuangan bangsa Malaysia, UMNO terajui bersama Barisan Nasional.

    Biasa la Parti DAP bukan perkauman, sebab itu majoriti ahlinya Cina, Hindraf juga bukan perkauman, sebab itulah mereka tuduh UMNO lakukan genocide, adu domba kepada Queen of England, PKR pula toksah cerita la, politik mereka ni pelik, orang hulur telan, orang sedekah, ambil.. walaupun sedekah seks!!!

    PAS.. saya menaruh harapan pada PAS untuk kekal nasionalis, semangat ini tidak akan merugikan Islam, Islam mekar di Asia tenggara atas semangat rumpun Melayu juga, Kesultanan Melayu yang memilih untuk menegakkan syiar Islam, nampak tak hubungkait Islam dan Melayu. Kita pertahankan sahaja bukan hendak menindas sesiapa.

    washad, setuju dengan pendapat saudara.

    aberamly a.k.a otai.. sila2 la lawat lagi. kawe lawat blog demo jangan risau