Panas.. panas.. proses pencalonan kali ini untuk jawatan Ketua Pemuda amat sengit, walaubagaimanapun, penulis gembira kerana bibit-bibit demokrasi kembali memutik dimana Pemuda bahagian setakat ini telahpun membuat pencalonan berdasarkan suara ahli mesyuarat melalui undian secara demokrasi.

Jawatankuasa disiplin telah memberi amaran jika terdapat bukti rasuah politik, tindakan akan diambil. Jika Tan Sri Isa Samad dilucutkan jawatan Naib Presiden kerana rasuah wang, apatah lagi jawatan Ketua Pemuda.

Laporan Malaysiakini tertumpu kepada mesyuarat bahagian UMNO yang berlangsung selama sebulan sehingga 9 November 08.

Setelah kecewa tidak mendapat pencalonan di Machang, antara kawasan mampu menang Mukhriz, semangat beliau dipulihkan dengan pencalonan 100% pemuda Jerlun. Ini merupakan satu suntikan moral yang amat diperlukan untuk memastikan pencalonan beliau bukan sahaja mencukupi malahan menafikan kata-kata Tun Mahathir sendiri yang mengatakan Khairy akan menang dengan mudah.

Blog ini akan memaparkan jumlah pencalonan terkini di penjuru atas kanan blog. InsyaAllah akan dikemaskinikan sekerap mungkin.

Laporan Malaysiakini -

Mukhriz dahului pencalonan Ketua Pemuda

P.Chepa calonkan Khairy

0 comments