Apabila seorang wartawan senior cuba untuk mempertahankan sebuah akhbar arus perdana yang sering dikritik hebat oleh barisan pemimpin pembangkang, majoriti daripada pembaca meninggalkan komentar negatif, ada juga yang menggunakan bahasa yang kurang sopan hanya kerana penulis blog tersebut menyokong akhbar 'musuh' mereka.
Apabila wartawan senior tersebut tidak bersetuju dengan tindakan saman keterlaluan yang dikenakan kepada akhbar tersebut, wartawan senior tersebut telah dihumban bersama golongan-golongan yang tidak cerdik, dan tidak bersama arus 'perubahan'.
Muncul seorang peguam yang agak lantang di alam blog ini, berambut panjang sama seperti wartawan senior tersebut, mengkritik tindakan wartawan ini. Dengan kemahiran berhujahnya, satu demi satu contoh, pendedahan dan 'bukti' disampaikan kepada pembaca melalui blog beliau dalam usaha menegakkan serta menghalalkan tindakan ahli-ahli politik yang cuba meng'ISA'kan media melalui saman mahkamah.
Saya melihat isu ini sebagai suatu yang merugikan. Kenapa?
1. Kedua-dua manusia yang saling bercakaran ini adalah Melayu.
2. Akhbar yang disaman itu adalah lidah Melayu, yang menyaman adalah orang bukan Melayu.
3. Sepatutnya jika tidak bersetuju antara satu sama lain pun, janganlah sampai pekung didada dibuka, menjatuhkan maruah sesama Melayu.
4. Kenapa akhbar ini sahaja yang menjadi kambing hitam? Kerana ianya wadah musuh politik peguam tersebut? Kenapa tidak dihentam sahaja Harakah, Suara Keadilan, dan sebagainya yang terbukti menipu serta menyebarkan fitnah (rujuk kes 16 Sept dan Musa Hassan Nazak)
Saya risau jika perkara sebegini terus berlaku, bangsa Melayu akan terpinggir di tanah sendiri. Antara kita tiada perkara yang kita patut persetujui bersama, contohnya isu tulisan Jawi, isu agama Islam, elok lah kita bersama-sama.
Blogger peguam ini bijak, beliau hanya mempermainkan orang yang sudah mati, kerana orang mati tidak akan memfailkan saman malu keatas beliau.
Artikel blog ini: http://umnokelate.blogspot.com/2008/10/haris-ibrahim-apa-dosa-arwah-ghaffar.html
Artikel beliau bertajuk, Easy to say don't sue when the shit is not on your head. Saya membalas bagi pihak keluarga Ghaffar Baba, Easy for you to make fun of others, when the tomb stone is not on your head!
Tak mengapa jika si peguam menuduh wartawan senior tersebut sebagai tidak beretika. Saya lebih risau sekiranya seorang peguam cuba menjadi wartawan. Putar alam!
OreKelate: Malu kawe ado Melayu srupo nih, wak maing oghe hok mati doh, dio dok takut la oghe mati tok leh samey dio. Pahtu jenis palo tok leh nok tegor.. dio jah hok betul. Loyar bughukkk...
Peguam vs Wartawan: Lebih teruk jika peguam cuba jadi wartawan
6:02 AM | haris ibrahim, Malaysiakini, Rocky, teresa kok | 2 comments »Utusan melaporkan Teresa Kok mencari bodyguard untuk memastikan keselamatan diri beliau dan keluarga. Saya dengan ini ingin mencalonkan Abdullah untuk jawatan tersebut. Tetapi beliau hanya boleh berkhidmat bermula Mac 09.
Jika Teresa memerlukan khidmat bodyguard dengan segera, elok sahaja di ambil Zaid, baru sahaja meletakkan jawatan. Kedua-dua calon tersebut mungkin boleh mengisi kekosongan tersebut.
Mungkin Teresa boleh tunggu hingga bulan Mac, diberitakan beberapa nama lagi akan mencari jawatan baru kerana tewas dalam 'interbiu' nak pegang jawatan CEO. Teresa, jika mu nak yang lagi hebat jadi bodyguard, ada seorang ustaz di Perlis yang diura-urakan nak bersara. Kalau yang ni, siap sedia la telinga Teresa, tiap-tiap hari panas telinga.
Teresa.. teresa.. nak main politik tapi tak nak mengaku terlepas cakap, kena tunjuk rakaman video baru nak mengaku.. itu yang orang sempat rakam, kalau tak sempat macamana?? Isu azan tu tak da sapa rakam ke?
OreKelate: Aku duduk kelate dekat dengan tokong Cino, bilo hari dio main mercun papan hok besar tu, aku duduk diye jah, padahal telingo berdesingggg...