Blog Gapo dio tertarik kepada isu ini kerana pertama, ianya melibatkan Kelantan, dan keduanya kerana berita ini telah membuktikan lagi penipuan parti Pakatan Rakyat yang konon-kononnya memperjuangkan kebebasan media. Rujuk laporan Malaysiakini
http://malaysiakini.com/news/91732
Saya tidak fasih, dan tidak mahir bahasa Istana, kalau Tuanku tegur, perli, dan sindir, saya akan terus fikir Tuanku murka. Ada pula blogger yang telah mengdefinasikan murka kepada, kemarahan Tuanku yang akan disusuli dengan tindakan jika kesalahan itu tidak diperbetulkan.
Pernah kita dengar istilah marah-marah sayang? Dalam Istana ada atau tidak istilah murka-murka kasih? Sultan tegur kerana melihatkan negeri yang lesu. Banyak perancangan yang tidak terlaksana. Minta maaflah, bandar Kota Bharu pun sangat kotor, walhal MPKB baru sahaja dinaik taraf.
Berita Harian yang melaporkan titah Tuanku Ismail Petra di sini dan di sini telah dihalau daripada membuat liputan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan. KAWAN akan bertemu Speaker, baca di sini
Blogger RockyBru yang dikritik hebat apabila membela Utusan Melayu diatas nama kebebasan Media telah secara sinis mengajak blogger-blogger yang lantang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan media untuk tampil membela Berita Harian di sini
Kalau berita yang tidak sedap didengar PR, dikatanya media putar alam, kalau media mereka menipu kata Musa Hassan nazak, dikatanya kebebasan media. Bercakap mengenai media ni, siapa perasan berita Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang dipuja-puja itu tidak langsung mendapat tempat dalam Harakahdaily, yang melaporkan pun Berita Harian dan Utusan juga.
Harakah sudah jadi lidah rasmi kedua Anwar Ibrahim, lengkap sudah dominasi Anwar yang sudah dirancang sejak 10 tahun lepas. Mahu saya ulas mengenai Team Erdogan? Baca analisa saya mengenai puak-puak ini di sini
OreKelate: Ginilah, demo duk kato Utuse, Berito Harie ni menipu, bohong la gapo-gapo la, tapi sakkobar demo tu takdo lapore lain.. POLITIK jah.. kalu dok politik pung, cerito 16hb September hok keno tipu nge Anwar tuh.. Tuanku patut la murko nge demo, Kelate ni rama ore pandai-pandai, nego pun bijok, tapi negeri lagu tuuu jah..
Sultan Ismail Petra Murka? Ref Malaysiakini
5:43 PM | Ismail Petra, Kelantan, Malaysiakini, Murka, PAS | 3 comments »Laporan NST: UMNO Divisional Meetings: Dirty politics at its worst in Kelantan
Kalau dulu, istilah feverit untuk menceritakan keadaan politik UMNO Kelantan adalah 'cah keting' kali ini istilah 'bukuh' pula yang mencuri perhatian. New Straits Times melaporkan keadaan politik UMNO Kelantan yang paling buruk dalam sejarah. Ekoran beberapa kes yang melibatkan pemilihan peringkat Bahagian.
Blog ini ada membalas komen daripada pengunjung yang menggunakan nick Ore Krai, dalam komunikasi dua hala yang seperti berikut;
Salam Saudara,
Baru ni cuti raya seminggu kat Kelantan, sempat meninjau atmosphere mengenai pemilihan UMNO. Mungkin Kuala Krai juga jatuh ke tangan Khairy, kerana si Ramzi boleh memainkan peranan untuk "adjust" keadaan.
Saya sebagai pemerhati UMNO dari jauh memang rasa hairan si KJ ni sudahlah terang lagi bersuluh dinobat sebagai beban kepada UMNO dan bakal menjadi sampah sarap peninggalan
Dollah, masih medapat sokongan di peringkat bahagian.
Walaupun Mukhriz telah jauh mendahului, namun tanda-tanda masih wujud bahawa pemikiran ahli UMNO khususnya pemuda masih lagi pada tahap lama, got the money, here is my undi.
Slogan di bawa Mukhriz tepat pada dasar, perlukan perubahan. Namum tidak setanding dengan slogan setikawan, juga membawa maksud nak projek, be my friend.Wassalam.Ore Krai.
Saya ambil komen tersebut sebagai komen yang genuine daripada orang asal Kelate. Yang menghairankan saya, dimana ada sahaja 'tangan sakti hitam' tentu bahagian tersebut tidak lari daripada kontroversi. Bahagian mana yang menyokong supaya semuanya bersemangat 'setiakawan' pasti ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan mesyuarat tersebut.
Sebab itulah saya kata, walaupun PAS tak lah kuat mana di Kelantan, tapi UMNO terlalu bobrok dan gila pangkat, tiada keikhlasan. Kalau ikhlas pun setakat jadi perwakilan boleh, nak naik jadi pemimpin peringkat tinggi sedikit jangan harap lah.
Di Kota Bharu, Fatmi vs Zaid Ibrahim, terang lagi bersuluh, termaktub sudah Zaid Ibrahim ditindas. Cawangan mana bagi pencalonan pada Zaid di batalkan. Saya percaya faktor ini yang menyebabkan Zaid kecewa, tawar hati hingga melepaskan jawatan Menteri. Bukan sebab ISA, tapi sebab politik kotor ni.
Apapun blog Gapo Dio rasa tak guna kalau kita cakap, komen, kritik kalau simbol-simbol cash masih ada dalam mata orang-orang UMNO Kelantan. Bacalah laporan NST diatas, anda akan bersyukur PAS masih lagi perintah Kelantan.
OreKelate: Makey nasi BUKUH tiap-tiap pagi.. UMNO Bahagian bukuh blako, sekejap lagi UMNO bukuh jugok la, denga 'kudo hitam' skali keno bukuh, baru la UMNO buleh naik semula. Buey jauh2 anasir-anasir tangan hitam ni..