Plan peralihan kuasa Wanita UMNO kekal, saranan Sharizat ditolak dalam mesyuarat selama 5 jam di PWTC semalam.
Kenapa perlu peralihan kuasa? Kenapa perlu Sharizat bertanding jawatan no.2 Wanita apabila plan peralihan kuasa Jun (3bulan selepas pemilihan UMNO Mac 09) pasti akan menyebabkan jawatan no.2 Wanita UMNO kosong. Sharizat pula hanya akan memangku jawatan ketua Wanita sehingga akhir penggal.
Kalau ada pun plan peralihan ini, terangkan kepada ahli apa rasionalnya? Kalau sekadar ingin memuaskan hati Kak Pidah, lebih baik tidak perlu bahagian Wanita seluruh negara bersidang dan buat pencalonan.
Sayap Wanita adalah sayap yang paling berharaga dalam UMNO, kalau kita lihat secara general, golongan wanita adalah yang paling rajin dan bertenaga terutamanya ketika merayu undi. Untuk bersedia menghadapi pilihanraya umum ke-13, sayap ini yang perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.
Plan separuh siap ini tidak akan membantu. Hentikanlah. Serahkan sahaja kepada Sharizat.
Tak ada hujah, keluar dewan
4:40 AM | anwar ibrahim, Khalid Ibrahim, Malaysiakini, Parlimen | 0 comments »Macam itu lah bunyinya pengawas peperiksaan mengingatkan calon-calon yang ingin keluar awal semasa peperiksaan. Kenapa keluar awal? Adakah soalan terlalu mudah? Masa menjawab terlalu panjang? Ataupun susah sangat sehinggakan tiada hujah untuk dijadikan jawapan?
Kebanyakkan daripada calon memilih untuk keluar kerana sudah siap, ataupun sudah hilang harapan.
Apa agaknya alasan pihak pembangkang yang keluar dewan semalam. Najib telah menjanjikan ruang dan peluang untuk perbahasan sebaik sahaja beliau selesai. Pembangkang ini gelojoh sangat, maklum lah diketuai manusia yang gelojoh juga, tidak boleh bersabar.
Alasan Najib diberi adalah mereka kena dengar semua baru boleh dapat gambaran, tidakkah memberikan ruang untuk penjelasan adalah hak YB yang sedang berucap?
Adakah kerana plan rangsangan ekonomi yang dibentangkan itu sukar untuk dicari kelemahannya? Adakah pembangkang tidak boleh dilihat bersetuju ataupun menyokong polisi kerajaan?
Keputusan, keluar dewan lagi senang. Kurang malu sebab tak tahu nak balas macamana, lebih senang cakap Najib tak mahu kasi peluang bahas. Tutup kelemahan sendiri.
Lebih lucu, lawak dan kelakar, ada seorang ahli Parlimen ini tiada dalam dewan, tapi nak juga beri ulasan dan buat kenyataan akhbar seolah-olah berada di tempat kejadian. Apabila ditanya wartawan yang hadir kenapa buat kenyataan walhal beliau tiada, beliau hanya mampu menelan dua tiga teguk air liur terkedu. Baca disini untuk laporan tersebut.
OreKelate: Anwar ni nok ko toksey masuk Parlimen ni? Hari pertamo pun tubik jugok, hari ni pun tubik dewan, haghi tu ssungoh benar nak meney Parlimen Permatang Pauh... Mace-mace la perangai Pembangkang ni, merencatkan plan selamatkan ekonomi negara.
Hadi sudah dapat bau hak Melayu terhakis bersama PR
6:46 AM | anwar ibrahim, DAP, Hadi Awang, Malaysiakini, PERKASA, UMNO | 3 comments »‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.Petikan diatas merupakan kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dalam memberi respon mengenai perlantikan Mdm Low Siew Moi sebagai GM PKNS. Perlantikan beliau dicadangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun terdapat dua orang calon Melayu yang layak.
“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.
Jika Khalid Ibrahim merasakan Mdm Low calon terbaik yang mampu membawa PKNS maju berbanding ketika dibawah pemerintahan BN, saya percaya Mdm Low adalah orang pertama yang patut disingkirkan daripada PKNS. Kenapa? Kerana beliau ada 30tahun pengalaman dengan PKNS, ini termasuk ketika dibawah pemerintahan BN, dan PR mengatakan PKNS tidak maju dibawah kerajaan lalu, Mdm Low merupakan 'orang besar' PKNS dulu,kini dan selamanya.
PAS pula disisihkan seperti biasa. Sudah lah perjuangan Islam entah kemana dalam PR. Pemimpin yang vokal mengenai Islam dipanggil jawatankuasa disiplin dengan harapan boleh tone down sedikit. Namun, bila cakap mengenai Islam, parti politik comes later after religion. Maka YB ini pun tanpa takut dan segan terus lantang mengkritik, PKR takut DAP akan bertindak balas.
Macamana nak perintah negara kalau di Penang ikut cara DAP, di Kedah ikut cara PAS, di Selangor pula ikut cara PKR (baca: DAP), apa guna deklarasi rakyat? Apa guna manifesto umum PR? Macamana nak serahkan amanah untuk tadbir negara, banyak sangat kepala dalam PR. Kalau macam ni halnya, biarlah orang kata UMNO kaki buli pun, sebab senang satu kepala sahaja tak jadi masalah macam ini, semua perasan pandai terutamanya PKR yang tak sedar jentera pilihanraya banyak bergantung kepada kekuatan PAS akar umbi.
Hadi dahulu pernah kata, dia risau Penang akan jadi Singapura ke-2, sekarang Hadi cuba elak Selangor jadi Singapura ke-3 pula. Memang betul dalam tsunami politik kali ini yang kalah bukan UMNO, bukan BN tetapi MELAYU!!!
OreKelate: Ambo Sokong PERKASA!!!
Cakap berbelit, Salahkan orang lain... Ref- Malaysiakini
9:48 PM | Karpal Singh, Malaysiakini, Parlimen, PR, Zakat | 0 comments »Hari ini ada dua berita menarik, kenapa menarik? Sebab berita ini menunjukkan kedangkalan pemimpin Pakatan Rakyat yang suka sangat untuk menegakkan benang yang basah. Satu kes dalam Dewan Rakyat, lagi satu kes di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Rujuk berita Malaysiakini untuk kes pertama, siapa lagi kalau bukan Karpal Singh
Malaysiakini - Sidang Parlimen: Karpal digantung 2 hari
Memang patut pun digantung, diusir keluar daripada Parlimen, kebelakangan ini Karpal sudah celaru, suka bikin onar dalam dewan. Memula dia tikam lidah dengan Kinabatangan, tengah lawan siapa hebat Monyet atau Bigfoot. Kali ini dia cuba main polemik orang buta apabila cuba 'putar' ayat Nazri Aziz. Kita baca apa Nazri cakap...
Ketika menjawab soalan itu, Mohamed Nazri menyebut: "Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik."
Baca lagi sekali kemudian kita tengok betul ke atau ada asas ke cubaan Karpal untuk menarik orang-orang cacat penglihatan untuk membenci Nazri, UMNO dan BN. Ayat Karpal kepada Nazri.
Ketegangan itu bermula apabila Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam.
Kita tengok apa respon ketua Pembangkang yang diagung-agungkan ini pula. Tiada pula protes keluar dewan beramai-ramai. Macamana nak protes dah terang-terangan Karpal ni tak pandai Bahasa Melayu tetapi nak juga jadi pengacau dalam Dewan. Anwar Ibrahim pun tak layan perangai ni. Padan Muka!
Kes Kedua ini lebih sensitif, kalau kes pertama Orang bukan Melayu yang tak fasih bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dah la salah tafsir, lepas tu cuba nak memutar belit kenyataan Nazri Aziz. Kes kedua ini menyentuh sensitiviti Islam dan kesucian institusi Zakat. Kita baca apa YB Dr. Nasir dari Parti Sosialis cakap dalam DUN Selangor;
Malaysiakini - Dr. Nasir: Soalan saya diputar belit
Apa yang beliau cakap? Ikuti petikan ini;
"Soalan tambahan saya adalah sama ada wujud atau tidak peruntukan zakat untuk rakyat bukan Islam yang miskin. Itu sahaja soalan saya.
Rupa-rupanya dia cekup dari Internet bukan berdasarkan rujukan kepada Alim Ulama' mahupun mufti Negeri.
"Persoalan saya juga adalah berdasarkan al-Quran, surah 9, Al-Taubah ayat 60 dan beberapa maklumat dari internet mengenai zakat ini," tambahnya.
Malu sangant memalukan, cadangan sebegini datang daripada orang Islam yang tak tahu hujung pangkal kesucian Zakat.
Kita mungkin dah mula nampak, kesilapan kita memberi undi kepada PR dalam pilihanraya lepas. Tak mengapa, jangan ulang kesilapan sama.
Mula-mula saya tak nak blog pasal ni, tapi lama-lama melihat cerita ini juga dikomen oleh Tun Dr. Mahathir, maka saya rasa nak cakap juga la.
Ramai yang hentam kerajaan Melaka kerana menganugerahkan gelaran Dato' kepada bintang Bollywood ini. Macam-macam lah alasan, kritikan, penghinaan dan sebagainya dihujahkan, kesemuanya bertunjangkan kepada satu perkara, iaitu kepentingan POLITIK. Orang Malaysia ini tidak habis-habis bincang pasal politik, semua benda hendak dipolitikkan. Termasuklah hal ini.
Ulasan menarik daripada Nobisha (www.nobisha.blogspot.com) saya petik dan paste kan di sini;
.......saya fikir ini juga satu bentuk pemikiran di luar kotak. Melaka berjaya memecahkan minda masyarakat yang "khurafat" dan mengatakan anugerah itu tidak boleh diberikan kepada bintang filem Bollywood. Siapakah yang kata tak boleh? Kita yang kata tak boleh? Macam mana nak buat supaya boleh? Kita ubahlah. Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo kata, "Pemuda Berani." Berani apa? Dato' Mukhriz Mahathir jawab, "Berani Berubah." Itulah yang dilakukan oleh Melaka. Ubah. Takkanlah perkara tak betul pun kita nak pertahankan atas nama "Setiakawan"?
Tun Dr. Mahathir pula menyokong penganugerahan ini. Saya pun tidak tahulah, sekejap saya rasa tak perlu, tapi memandangkan langkah ini boleh menyebabkan Melaka jadi lebih terkenal, apa salahnya.
Laporan akhbar hari ini juga ada menyebut, orang yang mencadangkan Shah Rukh Khan mendapat gelaran tersebut adalah Tun Daim Zainuddin. Kita nantikan kritikan penyokong-penyokong PAS yang terkenal alim bidang agama terhadap kedua-dua Tun ini. Ingat konsep Hollier than thou, mereka (sebilangan orang-orang PAS) sangat terkenal dengan perangai ini.
Sultan Ismail Petra Murka? Ref Malaysiakini
5:43 PM | Ismail Petra, Kelantan, Malaysiakini, Murka, PAS | 3 comments »Blog Gapo dio tertarik kepada isu ini kerana pertama, ianya melibatkan Kelantan, dan keduanya kerana berita ini telah membuktikan lagi penipuan parti Pakatan Rakyat yang konon-kononnya memperjuangkan kebebasan media. Rujuk laporan Malaysiakini
http://malaysiakini.com/news/91732
Saya tidak fasih, dan tidak mahir bahasa Istana, kalau Tuanku tegur, perli, dan sindir, saya akan terus fikir Tuanku murka. Ada pula blogger yang telah mengdefinasikan murka kepada, kemarahan Tuanku yang akan disusuli dengan tindakan jika kesalahan itu tidak diperbetulkan.
Pernah kita dengar istilah marah-marah sayang? Dalam Istana ada atau tidak istilah murka-murka kasih? Sultan tegur kerana melihatkan negeri yang lesu. Banyak perancangan yang tidak terlaksana. Minta maaflah, bandar Kota Bharu pun sangat kotor, walhal MPKB baru sahaja dinaik taraf.
Berita Harian yang melaporkan titah Tuanku Ismail Petra di sini dan di sini telah dihalau daripada membuat liputan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan. KAWAN akan bertemu Speaker, baca di sini
Blogger RockyBru yang dikritik hebat apabila membela Utusan Melayu diatas nama kebebasan Media telah secara sinis mengajak blogger-blogger yang lantang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan media untuk tampil membela Berita Harian di sini
Kalau berita yang tidak sedap didengar PR, dikatanya media putar alam, kalau media mereka menipu kata Musa Hassan nazak, dikatanya kebebasan media. Bercakap mengenai media ni, siapa perasan berita Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang dipuja-puja itu tidak langsung mendapat tempat dalam Harakahdaily, yang melaporkan pun Berita Harian dan Utusan juga.
Harakah sudah jadi lidah rasmi kedua Anwar Ibrahim, lengkap sudah dominasi Anwar yang sudah dirancang sejak 10 tahun lepas. Mahu saya ulas mengenai Team Erdogan? Baca analisa saya mengenai puak-puak ini di sini
OreKelate: Ginilah, demo duk kato Utuse, Berito Harie ni menipu, bohong la gapo-gapo la, tapi sakkobar demo tu takdo lapore lain.. POLITIK jah.. kalu dok politik pung, cerito 16hb September hok keno tipu nge Anwar tuh.. Tuanku patut la murko nge demo, Kelate ni rama ore pandai-pandai, nego pun bijok, tapi negeri lagu tuuu jah..
Laporan NST: UMNO Divisional Meetings: Dirty politics at its worst in Kelantan
Kalau dulu, istilah feverit untuk menceritakan keadaan politik UMNO Kelantan adalah 'cah keting' kali ini istilah 'bukuh' pula yang mencuri perhatian. New Straits Times melaporkan keadaan politik UMNO Kelantan yang paling buruk dalam sejarah. Ekoran beberapa kes yang melibatkan pemilihan peringkat Bahagian.
Blog ini ada membalas komen daripada pengunjung yang menggunakan nick Ore Krai, dalam komunikasi dua hala yang seperti berikut;
Salam Saudara,
Baru ni cuti raya seminggu kat Kelantan, sempat meninjau atmosphere mengenai pemilihan UMNO. Mungkin Kuala Krai juga jatuh ke tangan Khairy, kerana si Ramzi boleh memainkan peranan untuk "adjust" keadaan.
Saya sebagai pemerhati UMNO dari jauh memang rasa hairan si KJ ni sudahlah terang lagi bersuluh dinobat sebagai beban kepada UMNO dan bakal menjadi sampah sarap peninggalan
Dollah, masih medapat sokongan di peringkat bahagian.
Walaupun Mukhriz telah jauh mendahului, namun tanda-tanda masih wujud bahawa pemikiran ahli UMNO khususnya pemuda masih lagi pada tahap lama, got the money, here is my undi.
Slogan di bawa Mukhriz tepat pada dasar, perlukan perubahan. Namum tidak setanding dengan slogan setikawan, juga membawa maksud nak projek, be my friend.Wassalam.Ore Krai.
Saya ambil komen tersebut sebagai komen yang genuine daripada orang asal Kelate. Yang menghairankan saya, dimana ada sahaja 'tangan sakti hitam' tentu bahagian tersebut tidak lari daripada kontroversi. Bahagian mana yang menyokong supaya semuanya bersemangat 'setiakawan' pasti ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan mesyuarat tersebut.
Sebab itulah saya kata, walaupun PAS tak lah kuat mana di Kelantan, tapi UMNO terlalu bobrok dan gila pangkat, tiada keikhlasan. Kalau ikhlas pun setakat jadi perwakilan boleh, nak naik jadi pemimpin peringkat tinggi sedikit jangan harap lah.
Di Kota Bharu, Fatmi vs Zaid Ibrahim, terang lagi bersuluh, termaktub sudah Zaid Ibrahim ditindas. Cawangan mana bagi pencalonan pada Zaid di batalkan. Saya percaya faktor ini yang menyebabkan Zaid kecewa, tawar hati hingga melepaskan jawatan Menteri. Bukan sebab ISA, tapi sebab politik kotor ni.
Apapun blog Gapo Dio rasa tak guna kalau kita cakap, komen, kritik kalau simbol-simbol cash masih ada dalam mata orang-orang UMNO Kelantan. Bacalah laporan NST diatas, anda akan bersyukur PAS masih lagi perintah Kelantan.
OreKelate: Makey nasi BUKUH tiap-tiap pagi.. UMNO Bahagian bukuh blako, sekejap lagi UMNO bukuh jugok la, denga 'kudo hitam' skali keno bukuh, baru la UMNO buleh naik semula. Buey jauh2 anasir-anasir tangan hitam ni..