Blog Gapo dio tertarik kepada isu ini kerana pertama, ianya melibatkan Kelantan, dan keduanya kerana berita ini telah membuktikan lagi penipuan parti Pakatan Rakyat yang konon-kononnya memperjuangkan kebebasan media. Rujuk laporan Malaysiakini
http://malaysiakini.com/news/91732
Saya tidak fasih, dan tidak mahir bahasa Istana, kalau Tuanku tegur, perli, dan sindir, saya akan terus fikir Tuanku murka. Ada pula blogger yang telah mengdefinasikan murka kepada, kemarahan Tuanku yang akan disusuli dengan tindakan jika kesalahan itu tidak diperbetulkan.
Pernah kita dengar istilah marah-marah sayang? Dalam Istana ada atau tidak istilah murka-murka kasih? Sultan tegur kerana melihatkan negeri yang lesu. Banyak perancangan yang tidak terlaksana. Minta maaflah, bandar Kota Bharu pun sangat kotor, walhal MPKB baru sahaja dinaik taraf.
Berita Harian yang melaporkan titah Tuanku Ismail Petra di sini dan di sini telah dihalau daripada membuat liputan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan. KAWAN akan bertemu Speaker, baca di sini
Blogger RockyBru yang dikritik hebat apabila membela Utusan Melayu diatas nama kebebasan Media telah secara sinis mengajak blogger-blogger yang lantang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan media untuk tampil membela Berita Harian di sini
Kalau berita yang tidak sedap didengar PR, dikatanya media putar alam, kalau media mereka menipu kata Musa Hassan nazak, dikatanya kebebasan media. Bercakap mengenai media ni, siapa perasan berita Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang dipuja-puja itu tidak langsung mendapat tempat dalam Harakahdaily, yang melaporkan pun Berita Harian dan Utusan juga.
Harakah sudah jadi lidah rasmi kedua Anwar Ibrahim, lengkap sudah dominasi Anwar yang sudah dirancang sejak 10 tahun lepas. Mahu saya ulas mengenai Team Erdogan? Baca analisa saya mengenai puak-puak ini di sini
OreKelate: Ginilah, demo duk kato Utuse, Berito Harie ni menipu, bohong la gapo-gapo la, tapi sakkobar demo tu takdo lapore lain.. POLITIK jah.. kalu dok politik pung, cerito 16hb September hok keno tipu nge Anwar tuh.. Tuanku patut la murko nge demo, Kelate ni rama ore pandai-pandai, nego pun bijok, tapi negeri lagu tuuu jah..
Sultan Ismail Petra Murka? Ref Malaysiakini
5:43 PM | Ismail Petra, Kelantan, Malaysiakini, Murka, PAS | 3 comments »
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sekarang ni institusi raja dah banyak bersuara. Bukan lagi pasif, bagus la.
Orang pas terkenal dengan budaya pantang ditegur. Bagi mereka yang betul semuanya dia, yang salah kita.
tak ada ahli pas yang maksum
Hajah salmah
Salam saudara,
PAS tidak boleh menerima teguran, bukannya sesuatu yang mengejutkan. Semasa berkempen memburukkan kerajaan BN, PAS seolah-olah satu pergerakan maksum yang tidak mungkin melakukan kesilapan. Tambahan pula kempen sebegini diselit semasa kuliah agama di masjid. Peristiwa sebegini pernah dialami oleh kakak saya semasa mengikut kelas mengaji Quran, yang mana pengisian agama dilapik dengan kempen politik berunsur caci maki hina.
Sebaliknya apabila orang-orang PAS sudah melakukan kesilapan yang nyata seperti salah guna kuasa dalam pemberian konsesi balak, pandai pula mereka memberi alasan bahawa manusia tidak lari daripada membuat kesilapan.
Juga tidak dinafikan bahawa kerajaan menggunakan MSM seperti Utusan dan BH untuk kepentingan politik. Perkara yang sama juga berlaku kepada Harakah dan Adil. Malah Harakah dan Adil lebih teruk dilacur oleh PAS dan PKR tanpa segan silu demi menyebarkan propanganda untuk melaksanakan agenda. Contohnya, dari awal September sampai sekarang, tajuk utama muka depan masih lagi bertumpu kepada pembentukan kerajaan. Bukankah ini penipuan secara terang-terangan?
Selepas PRU 12, satu sindrom baru sedang merebak, iaitu sindrom PAKATAN TAK MUNGKIN BUAT SILAP. The risk groups susceptible to the infection are the supporters of the opposition.
Ore Krai.
Wassalam.
Demo tu kena balajsr bahasa malaysia, apa makna MURKA.