Plan peralihan kuasa Wanita UMNO kekal, saranan Sharizat ditolak dalam mesyuarat selama 5 jam di PWTC semalam.

Kenapa perlu peralihan kuasa? Kenapa perlu Sharizat bertanding jawatan no.2 Wanita apabila plan peralihan kuasa Jun (3bulan selepas pemilihan UMNO Mac 09) pasti akan menyebabkan jawatan no.2 Wanita UMNO kosong. Sharizat pula hanya akan memangku jawatan ketua Wanita sehingga akhir penggal.

Kalau ada pun plan peralihan ini, terangkan kepada ahli apa rasionalnya? Kalau sekadar ingin memuaskan hati Kak Pidah, lebih baik tidak perlu bahagian Wanita seluruh negara bersidang dan buat pencalonan.

Sayap Wanita adalah sayap yang paling berharaga dalam UMNO, kalau kita lihat secara general, golongan wanita adalah yang paling rajin dan bertenaga terutamanya ketika merayu undi. Untuk bersedia menghadapi pilihanraya umum ke-13, sayap ini yang perlu diperkukuhkan terlebih dahulu.

Plan separuh siap ini tidak akan membantu. Hentikanlah. Serahkan sahaja kepada Sharizat.

".... masa menjawab tinggal lagi 40minit, kepada calon yang ingin meninggalkan dewan boleh berbuat demikian sekarang, tiada calon dibenarkan keluar dewan dalam 30minit terakhir... "

Macam itu lah bunyinya pengawas peperiksaan mengingatkan calon-calon yang ingin keluar awal semasa peperiksaan. Kenapa keluar awal? Adakah soalan terlalu mudah? Masa menjawab terlalu panjang? Ataupun susah sangat sehinggakan tiada hujah untuk dijadikan jawapan?

Kebanyakkan daripada calon memilih untuk keluar kerana sudah siap, ataupun sudah hilang harapan.

Apa agaknya alasan pihak pembangkang yang keluar dewan semalam. Najib telah menjanjikan ruang dan peluang untuk perbahasan sebaik sahaja beliau selesai. Pembangkang ini gelojoh sangat, maklum lah diketuai manusia yang gelojoh juga, tidak boleh bersabar.

Alasan Najib diberi adalah mereka kena dengar semua baru boleh dapat gambaran, tidakkah memberikan ruang untuk penjelasan adalah hak YB yang sedang berucap?

Adakah kerana plan rangsangan ekonomi yang dibentangkan itu sukar untuk dicari kelemahannya? Adakah pembangkang tidak boleh dilihat bersetuju ataupun menyokong polisi kerajaan?

Keputusan, keluar dewan lagi senang. Kurang malu sebab tak tahu nak balas macamana, lebih senang cakap Najib tak mahu kasi peluang bahas. Tutup kelemahan sendiri.

Lebih lucu, lawak dan kelakar, ada seorang ahli Parlimen ini tiada dalam dewan, tapi nak juga beri ulasan dan buat kenyataan akhbar seolah-olah berada di tempat kejadian. Apabila ditanya wartawan yang hadir kenapa buat kenyataan walhal beliau tiada, beliau hanya mampu menelan dua tiga teguk air liur terkedu. Baca disini untuk laporan tersebut.

OreKelate: Anwar ni nok ko toksey masuk Parlimen ni? Hari pertamo pun tubik jugok, hari ni pun tubik dewan, haghi tu ssungoh benar nak meney Parlimen Permatang Pauh... Mace-mace la perangai Pembangkang ni, merencatkan plan selamatkan ekonomi negara.

‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.
Petikan diatas merupakan kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang dalam memberi respon mengenai perlantikan Mdm Low Siew Moi sebagai GM PKNS. Perlantikan beliau dicadangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun terdapat dua orang calon Melayu yang layak.

Jika Khalid Ibrahim merasakan Mdm Low calon terbaik yang mampu membawa PKNS maju berbanding ketika dibawah pemerintahan BN, saya percaya Mdm Low adalah orang pertama yang patut disingkirkan daripada PKNS. Kenapa? Kerana beliau ada 30tahun pengalaman dengan PKNS, ini termasuk ketika dibawah pemerintahan BN, dan PR mengatakan PKNS tidak maju dibawah kerajaan lalu, Mdm Low merupakan 'orang besar' PKNS dulu,kini dan selamanya.

PAS pula disisihkan seperti biasa. Sudah lah perjuangan Islam entah kemana dalam PR. Pemimpin yang vokal mengenai Islam dipanggil jawatankuasa disiplin dengan harapan boleh tone down sedikit. Namun, bila cakap mengenai Islam, parti politik comes later after religion. Maka YB ini pun tanpa takut dan segan terus lantang mengkritik, PKR takut DAP akan bertindak balas.

Macamana nak perintah negara kalau di Penang ikut cara DAP, di Kedah ikut cara PAS, di Selangor pula ikut cara PKR (baca: DAP), apa guna deklarasi rakyat? Apa guna manifesto umum PR? Macamana nak serahkan amanah untuk tadbir negara, banyak sangat kepala dalam PR. Kalau macam ni halnya, biarlah orang kata UMNO kaki buli pun, sebab senang satu kepala sahaja tak jadi masalah macam ini, semua perasan pandai terutamanya PKR yang tak sedar jentera pilihanraya banyak bergantung kepada kekuatan PAS akar umbi.

Hadi dahulu pernah kata, dia risau Penang akan jadi Singapura ke-2, sekarang Hadi cuba elak Selangor jadi Singapura ke-3 pula. Memang betul dalam tsunami politik kali ini yang kalah bukan UMNO, bukan BN tetapi MELAYU!!!

OreKelate: Ambo Sokong PERKASA!!!

Hari ini ada dua berita menarik, kenapa menarik? Sebab berita ini menunjukkan kedangkalan pemimpin Pakatan Rakyat yang suka sangat untuk menegakkan benang yang basah. Satu kes dalam Dewan Rakyat, lagi satu kes di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Rujuk berita Malaysiakini untuk kes pertama, siapa lagi kalau bukan Karpal Singh

Malaysiakini - Sidang Parlimen: Karpal digantung 2 hari

Memang patut pun digantung, diusir keluar daripada Parlimen, kebelakangan ini Karpal sudah celaru, suka bikin onar dalam dewan. Memula dia tikam lidah dengan Kinabatangan, tengah lawan siapa hebat Monyet atau Bigfoot. Kali ini dia cuba main polemik orang buta apabila cuba 'putar' ayat Nazri Aziz. Kita baca apa Nazri cakap...

Ketika menjawab soalan itu, Mohamed Nazri menyebut: "Butalah jika orang tidak nampak bahawa hubungan Majlis Peguam dengan pentadbiran Perdana Menteri terdahulu agak tidak begitu baik."

Baca lagi sekali kemudian kita tengok betul ke atau ada asas ke cubaan Karpal untuk menarik orang-orang cacat penglihatan untuk membenci Nazri, UMNO dan BN. Ayat Karpal kepada Nazri.

Ketegangan itu bermula apabila Karpal Singh membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menghina orang buta ketika menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) mengenai kos yang dibelanjakan kerajaan untuk jamuan makan malam Majlis Peguam.

Kita tengok apa respon ketua Pembangkang yang diagung-agungkan ini pula. Tiada pula protes keluar dewan beramai-ramai. Macamana nak protes dah terang-terangan Karpal ni tak pandai Bahasa Melayu tetapi nak juga jadi pengacau dalam Dewan. Anwar Ibrahim pun tak layan perangai ni. Padan Muka!

Kes Kedua ini lebih sensitif, kalau kes pertama Orang bukan Melayu yang tak fasih bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) dah la salah tafsir, lepas tu cuba nak memutar belit kenyataan Nazri Aziz. Kes kedua ini menyentuh sensitiviti Islam dan kesucian institusi Zakat. Kita baca apa YB Dr. Nasir dari Parti Sosialis cakap dalam DUN Selangor;

Malaysiakini - Dr. Nasir: Soalan saya diputar belit

Apa yang beliau cakap? Ikuti petikan ini;

"Soalan tambahan saya adalah sama ada wujud atau tidak peruntukan zakat untuk rakyat bukan Islam yang miskin. Itu sahaja soalan saya.

Rupa-rupanya dia cekup dari Internet bukan berdasarkan rujukan kepada Alim Ulama' mahupun mufti Negeri.

"Persoalan saya juga adalah berdasarkan al-Quran, surah 9, Al-Taubah ayat 60 dan beberapa maklumat dari internet mengenai zakat ini," tambahnya.

Malu sangant memalukan, cadangan sebegini datang daripada orang Islam yang tak tahu hujung pangkal kesucian Zakat.

Kita mungkin dah mula nampak, kesilapan kita memberi undi kepada PR dalam pilihanraya lepas. Tak mengapa, jangan ulang kesilapan sama.

Mula-mula saya tak nak blog pasal ni, tapi lama-lama melihat cerita ini juga dikomen oleh Tun Dr. Mahathir, maka saya rasa nak cakap juga la.

Ramai yang hentam kerajaan Melaka kerana menganugerahkan gelaran Dato' kepada bintang Bollywood ini. Macam-macam lah alasan, kritikan, penghinaan dan sebagainya dihujahkan, kesemuanya bertunjangkan kepada satu perkara, iaitu kepentingan POLITIK. Orang Malaysia ini tidak habis-habis bincang pasal politik, semua benda hendak dipolitikkan. Termasuklah hal ini.

Ulasan menarik daripada Nobisha (www.nobisha.blogspot.com) saya petik dan paste kan di sini;

.......saya fikir ini juga satu bentuk pemikiran di luar kotak. Melaka berjaya memecahkan minda masyarakat yang "khurafat" dan mengatakan anugerah itu tidak boleh diberikan kepada bintang filem Bollywood. Siapakah yang kata tak boleh? Kita yang kata tak boleh? Macam mana nak buat supaya boleh? Kita ubahlah. Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo kata, "Pemuda Berani." Berani apa? Dato' Mukhriz Mahathir jawab, "Berani Berubah." Itulah yang dilakukan oleh Melaka. Ubah. Takkanlah perkara tak betul pun kita nak pertahankan atas nama "Setiakawan"?

Tun Dr. Mahathir pula menyokong penganugerahan ini. Saya pun tidak tahulah, sekejap saya rasa tak perlu, tapi memandangkan langkah ini boleh menyebabkan Melaka jadi lebih terkenal, apa salahnya.

Laporan akhbar hari ini juga ada menyebut, orang yang mencadangkan Shah Rukh Khan mendapat gelaran tersebut adalah Tun Daim Zainuddin. Kita nantikan kritikan penyokong-penyokong PAS yang terkenal alim bidang agama terhadap kedua-dua Tun ini. Ingat konsep Hollier than thou, mereka (sebilangan orang-orang PAS) sangat terkenal dengan perangai ini.

Blog Gapo dio tertarik kepada isu ini kerana pertama, ianya melibatkan Kelantan, dan keduanya kerana berita ini telah membuktikan lagi penipuan parti Pakatan Rakyat yang konon-kononnya memperjuangkan kebebasan media. Rujuk laporan Malaysiakini

http://malaysiakini.com/news/91732

Saya tidak fasih, dan tidak mahir bahasa Istana, kalau Tuanku tegur, perli, dan sindir, saya akan terus fikir Tuanku murka. Ada pula blogger yang telah mengdefinasikan murka kepada, kemarahan Tuanku yang akan disusuli dengan tindakan jika kesalahan itu tidak diperbetulkan.

Pernah kita dengar istilah marah-marah sayang? Dalam Istana ada atau tidak istilah murka-murka kasih? Sultan tegur kerana melihatkan negeri yang lesu. Banyak perancangan yang tidak terlaksana. Minta maaflah, bandar Kota Bharu pun sangat kotor, walhal MPKB baru sahaja dinaik taraf.

Berita Harian yang melaporkan titah Tuanku Ismail Petra di sini dan di sini telah dihalau daripada membuat liputan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Kelantan. KAWAN akan bertemu Speaker, baca di sini

Blogger RockyBru yang dikritik hebat apabila membela Utusan Melayu diatas nama kebebasan Media telah secara sinis mengajak blogger-blogger yang lantang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan media untuk tampil membela Berita Harian di sini

Kalau berita yang tidak sedap didengar PR, dikatanya media putar alam, kalau media mereka menipu kata Musa Hassan nazak, dikatanya kebebasan media. Bercakap mengenai media ni, siapa perasan berita Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang dipuja-puja itu tidak langsung mendapat tempat dalam Harakahdaily, yang melaporkan pun Berita Harian dan Utusan juga.

Harakah sudah jadi lidah rasmi kedua Anwar Ibrahim, lengkap sudah dominasi Anwar yang sudah dirancang sejak 10 tahun lepas. Mahu saya ulas mengenai Team Erdogan? Baca analisa saya mengenai puak-puak ini di sini

OreKelate: Ginilah, demo duk kato Utuse, Berito Harie ni menipu, bohong la gapo-gapo la, tapi sakkobar demo tu takdo lapore lain.. POLITIK jah.. kalu dok politik pung, cerito 16hb September hok keno tipu nge Anwar tuh.. Tuanku patut la murko nge demo, Kelate ni rama ore pandai-pandai, nego pun bijok, tapi negeri lagu tuuu jah..

Laporan NST: UMNO Divisional Meetings: Dirty politics at its worst in Kelantan

Kalau dulu, istilah feverit untuk menceritakan keadaan politik UMNO Kelantan adalah 'cah keting' kali ini istilah 'bukuh' pula yang mencuri perhatian. New Straits Times melaporkan keadaan politik UMNO Kelantan yang paling buruk dalam sejarah. Ekoran beberapa kes yang melibatkan pemilihan peringkat Bahagian.

Blog ini ada membalas komen daripada pengunjung yang menggunakan nick Ore Krai, dalam komunikasi dua hala yang seperti berikut;

Salam Saudara,

Baru ni cuti raya seminggu kat Kelantan, sempat meninjau atmosphere mengenai pemilihan UMNO. Mungkin Kuala Krai juga jatuh ke tangan Khairy, kerana si Ramzi boleh memainkan peranan untuk "adjust" keadaan.

Saya sebagai pemerhati UMNO dari jauh memang rasa hairan si KJ ni sudahlah terang lagi bersuluh dinobat sebagai beban kepada UMNO dan bakal menjadi sampah sarap peninggalan
Dollah, masih medapat sokongan di peringkat bahagian.

Walaupun Mukhriz telah jauh mendahului, namun tanda-tanda masih wujud bahawa pemikiran ahli UMNO khususnya pemuda masih lagi pada tahap lama, got the money, here is my undi.

Slogan di bawa Mukhriz tepat pada dasar, perlukan perubahan. Namum tidak setanding dengan slogan setikawan, juga membawa maksud nak projek, be my friend.Wassalam.Ore Krai.

Saya ambil komen tersebut sebagai komen yang genuine daripada orang asal Kelate. Yang menghairankan saya, dimana ada sahaja 'tangan sakti hitam' tentu bahagian tersebut tidak lari daripada kontroversi. Bahagian mana yang menyokong supaya semuanya bersemangat 'setiakawan' pasti ada sesuatu yang tak kena dengan perjalanan mesyuarat tersebut.

Sebab itulah saya kata, walaupun PAS tak lah kuat mana di Kelantan, tapi UMNO terlalu bobrok dan gila pangkat, tiada keikhlasan. Kalau ikhlas pun setakat jadi perwakilan boleh, nak naik jadi pemimpin peringkat tinggi sedikit jangan harap lah.

Di Kota Bharu, Fatmi vs Zaid Ibrahim, terang lagi bersuluh, termaktub sudah Zaid Ibrahim ditindas. Cawangan mana bagi pencalonan pada Zaid di batalkan. Saya percaya faktor ini yang menyebabkan Zaid kecewa, tawar hati hingga melepaskan jawatan Menteri. Bukan sebab ISA, tapi sebab politik kotor ni.

Apapun blog Gapo Dio rasa tak guna kalau kita cakap, komen, kritik kalau simbol-simbol cash masih ada dalam mata orang-orang UMNO Kelantan. Bacalah laporan NST diatas, anda akan bersyukur PAS masih lagi perintah Kelantan.

OreKelate: Makey nasi BUKUH tiap-tiap pagi.. UMNO Bahagian bukuh blako, sekejap lagi UMNO bukuh jugok la, denga 'kudo hitam' skali keno bukuh, baru la UMNO buleh naik semula. Buey jauh2 anasir-anasir tangan hitam ni..

Muhyiddin kata pemilihan lebih sesuai dijalankan pada tarikh asal iaitu pada Disember, dan peralihan kuasa dikekalkan pada Mac 09. Beberapa akhbar terus mengambil peluang disebalik ambiguiti yang wujud daripada kenyataan Muhyiddin tersebut untuk memporak perandakan hubungan Muhyiddin-Abdullah.

Muhyiddin banyak bercakap mengenai pelan peralihan kuasa ini, maka ini adalah modal paling baik untuk memancing reaksi daripada Abdullah. Maka reaksi Abdullah telah menghentam Muhyiddin dan Mahathir dalam satu kenyataan yang dilaporkan media.

Sekarang ini, isunya bukan kehendak Abdullah, negara tidak boleh diletakkan dalam keadaan yang tidak stabil, sekiranya tempoh kempen yang lama iaitu 4 bulan menarik perhatian Menteri dan ahli politik terlibat daripada memberi komitmen penuh kepada pembangunan negara.

Sekali lagi, Abdullah telah dinasihati secara salah. Oleh siapa? Anda tentu tahu. Abdullah juga tidak keruan setelah melihat 'kuda hitam' kesayangannya tercungap-cungap untuk mencapai kuota pencalonan.

OreKelate: Kalu maroh-maroh ni maknonyo betul la gapo hok ore duk tuduh tu. Muhyiddin nok pemilihan cepat sebab takut negara kucar-kacir. UMNO ni doh la ore tok brapo brehi nok kelih doh.. Jange la maroh-maroh, bare hok tuo doh ni. Gi main ngan anok cucu la, ayoh dio sibuk sangat loni tu..

OreKelate:


Malaysiakini - Raja-raja calon Zaki ketua hakim negara

Majlis Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan untuk mencalonkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara.

Keputan tersebut dibuat hari ini dalam mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung di Kuala Terengganu hari ini, demikian sumber-sumber memberitahu Malaysiakini.

Sebelum ini ada beberapa desakan daripada Bar Council dan ahli-ahli politik pembangkang yang tidak mahu Tan Sri Zaki Azmi dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Kali terakhir pihak pembangkang tidak bersetuju dengan ketua hakim negara adalah apabila Tan Sri Fairuz hampir menamatkan kontrak, sebelum kerajaan menimbang untuk menyambung tugas Tan Sri Fairuz, muncul pita rakaman Linggam, maka khidmat Tan Sri Fairuz tidak disambung.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Majlis Raja-raja melantik ketua hakim negara atas nasihat perdana menteri.

Perlantikan tersebut, yang belum dimumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi ekoran kaitan Zaki sebelum ini dengan Umno.

Walaupun Perdana Menteri menasihati majlis Raja-raja, harus diingat dua kali nasihat Perdana Menteri selaku ketua Barisan Nasional ditolak semasa mencalonkan Menteri Besar. Ketika itu pembangkang begitu gembira apabila kelihatan YDP Agong tidak 'sebulu' dengan UMNO. Kali ini apa pula reaksi pemimpin pembangkang, mungkin mereka akan menuduh Raja-raja menjadi tali barut UMNO pula.

Ataupun YDP Agung 'murka' kerana nama baginda telah dijaja dan diperalatkan oleh pembangkag untuk menutup malu kegagalan projek 16 September.

Bar Council dan konco-konco, dimana suara lantang kamu, Silakan lah menentang titah Raja-raja Melayu, saya akan menjadi yang pertama mengecam tindakan Bar Council sekeras-kerasnya. Raja Melayu adalah ketua Agama Islam dan Adat melayu, silakan..

Amaran Lim Kit Siang - Abdullah forewarned, avoid valedictory judicial scandal with new Chief Justice Zaki Azmi

Amaran Majlis Peguam - Consulting rulers critical in appointment of chief justice

OreKelate rasa tak kira lah dia ni tahap dewa pandai dalam kolej, presiden persatuan mahasiswa ke, perempuan ke, dapat cgpa 4.0 pun yang salah tetap salah. OreKelate rasa dia ni exco persatuan mahasiswa Islam, dalam Islam tak ajar ke ikut peraturan, kalau duduk secara haram itu melanggar peraturan, memang tak ada dalam Quran jangan duduk kolej secara haram, tapi undang-undang duniawi yang patut diikut jangan dilanggar sewenang-wenangnya.

Buang adalah tindakan terakhir, yang perlu dilihat adakah pihak universiti sudah menyatakan surat amaran terlebih dahulu. Tak usah dipolitikkan isu ini, Yang salah tak akan jadi betul hanya kerana berita ini keluar Malaysiakini.

Laporan Malaysiakini - 27 ditahan halang Kg. Pletong di roboh

Pasang telinga dan pasang mata, ambil tahu kes-kes dimana ada bangunan atau kuil yang hendak dirobohkan. Buat pakatan dengan penduduk, buat baju t-shirt, dan sepanduk, kemudian apabila tiba hari untuk merobohkan rumah/kuil itu, buat halangan rantaian manusia. Peristiwa ini berlaku di Kg. Berembang, Kuil di Kelang, dan terbaru di Kg. Pletong, Johor Bharu.

Pertama, saya tidak ingin memihak, sekadar nak kaji tindak-tanduk pembangkang ini yang saya pasti akan cuba mengsensasikan isu ini sebaik mungkin. Kedua, aspek perundangan amat penting dalam hal ini. Ketiga, faktor perancangan bandar ataupun dasar anti setinggan harus diambil kira.

Kenapa?

1. Sebelum pilihanraya umum, ada sahaja isu struktur kena roboh waima reban ayam sekalipun, Pembangkang akan masuk campur dan mewujudkan drama disebalik kes tersebut.
2. Setelah menang dalam pilihanraya. giliran mereka pula untuk merobohkan kuil, atas alasan yang sama diberikan oleh kerajaan yang mereka gulingkan.
3. Penduduk diberi harapan, tanah yang diduduki akan dipertahankan WALAUPUN ianya terletak diatas tanah orang, ataupun bukan lagi menjadi milik mereka.
4. Jika kita lihat dari segi rumah ibadat, tetapi didirikan atas tanah orang tanpa kebenaran, apakah kerana ianya rumah ibadat, kita terpaksa akur. Kesalahan tetap kesalahan, jangan jadikan sensitiviti agama sebagai perisai.
5. Isu setinggan ini seperti di Kg. Pletong, kita boleh juga rujuk dasar kerajaan PR di Selangor selepas memerintah. Tan Sri Khalid nak teruskan dasar setinggan sifar Khir Toyo, Badan NGO Jerit, menjerit tak percaya, terlepas dari mulut harimau, kena ngap dengan buaya.
6. Maka dalam hal Kg. Pletong ini tidak hairanlah jika ada sesuatu yang berkait rapat dengan 'perundangan' yang menyebabkan tindakan (meroboh) ini diambil.

Kesimpulannya, apapun struktur yang didirikan, jika diatas tanah yang tidak menjadi hak kita, kita tidak boleh bertegas, kerana secara langsungnya kita telah menafikan hak tuan tanah yang sebenarnya. Apapun drama, cerita kesedihan yang berpotensi untuk dimanipulasikan oleh pihak anti-Kerajaan, yang salah tetap salah. Dalam kes Kg. Pletong ini diharap umum dapat mendengar info daripada kedua-dua pihak, baca Harakah baca Utusan.

OreKelate: isu tanoh ni, gini lah, kalu demo bangung pagi-pagi tengok ado jirey sebeloh rumoh letok reban ayam dale laman demo, maroh ko? gitu la mudoh baso nok pehe. Kawe dengar ado rumoh demo tukar jadi kuil, laa lagu ni pun buleh ko. Rumoh ibadat ni keno mitok kebenaran la, sebab ho lah kalu tibo2 kawasan perumohan tu nok naik jadi supermarket, keno tinggal la kuil tu duk tengoh2 alam tu.. nati Hindraf maghi...


Melihat gambar-gambar ini yang diambil daripada laman web fotopages saudara minaq jinggo (http://minaq-jinggo.fotopages.com), penulis teringat barisan inilah yang memimpin negara pada satu ketika dahulu. Satu ketika dimana Malaysia adalah no.1 dari segala bidang. Satu ketika dimana seluruh mata dunia tertumpu kepada Malaysia. UMNO gagah apabila pemimpinnya bersatu, Melayu digeruni serta dihormati.



Saya gembira melihat segala perselisihan diketepikan, Tun Dr Mahathir kembali mendapat penghormatan yang sepatutnya daripada pemimpin besar UMNO. Pemandangan-pemandangan sebegini tentunya akan merisaukan pihak lawan. Maka akan ada cakap-cakap bahawa Mahathir lah 'mastermind' disebalik peralihan kuasa Najib-Abdullah, akan ada yang cuba menuduh Mahathirisme kembali menular. Jika betul pun, di zaman Mahathirisme inilah Malaysia memacu deras menuju status negara membangun. Ketika itu jugalah nama Malaysia meniti-niti di bibir masyarakat Antarabangsa.

Serangan keatas Najib sudah pun bermula, hendak serang Muhyiddin mungkin lawan tak cukup modal, barangkali Mahathir akan jadi sasaran pula selepas ini. Yang penting UMNO sudah mula menampakkan pemulihan, memang benar keputusan Pak Lah untuk berundur menandakan pemulihan UMNO telahpun bermula.


Wakil Sabah pun ada. Dr. Novandri melihat ini sebagai lembaran baru UMNO, Nobisha pula mengingatkan Najib supaya mencari definisi sendiri kempimpinan beliau dan tidak dibayangi Tun Dr. Mahathir, saya pula melihat peristiwa ini sebagai ungkitan kembali sejarah dahulu ketika UMNO kuat dan gagah berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

OreKelate: Biar lah lagu ni, daripado Mahathir duduk luar pahtu duk kutuk-kutuk UMNO wak gapo. Cukup lah nga Nuar sore hok duk ngato ko UMNO. Dulu Nik Aziz pun nok Mahathir masuk UMNO, loni Khairy tokleh sokongae UMNO, PAS ajok Khairy pulok doh.. Politik.. Politik..

Najib sudah menjadi sasaran sebelum diumum menjadi pengganti PM lagi, dengan isu Altantuya, kapal selam, dan juga isu isteri beliau Rosmah. Terbaru isu pembelian Eurocopter.

Saya tidak mahu sentuh isu-isu awal, kerana saya percaya apa yang kita dapati dalam alam maya ini, ulasan-ulasan daripada blogger yang sangka mereka lebih pandai daripada peguam, hakim dan lebih tahu daripada Altantuya sendiri telah menyebabkan saya hilang minat untuk mengikuti kontroversi ini selain menunggu 'berita' daripada Mahkamah.

Isu helikopter yang telah dibawa ke Parlimen oleh Anwar Ibrahim, secara terang-terangan merujuk kepada surat Kapten (B) Zahar kepada media dan juga pihak pembangkang. Dalam surat tersebut beliau membidas tindakan Kementerian Pertahanan yang memilih 12 buah Eurocopter berbanding 30 buah Kazan yang dibida oleh syarikat Kapten tersebut, Mentari Services.

Saya dapati pendedahan ini adalah kerana beberapa perkara yang boleh kita anggap isu peribadi.

1. Kapten (B) Zahar kecewa Kementerian Pertahanan menolak tawaran syarikat beliau.
2. Pendedahan ini sengaja disampaikan kepada pihak Pembangkang sebagai 'blackmail' kepada Najib.
3. Anwar Ibrahim secara peribadi telah bertemu dengan Kapten (B) Zahar untuk mendapatkan pengesahan beliau.

Jika Anwar bertemu Kapten tersebut seribu kali sekalipun, ianya tidak mengubah hakikat yang info tersebut hanyalah daripada satu pihak, Anwar perlu dengar 'another side of the story'. Pembangkang memilih untuk terus menembak dengan 'peluru' terbaru mereka itu, dan Malaysiakini (juga dikenali sebagai Anwarkini) telah memainkan peranan.

Jika kita ingin bercakap mengenai penjimatan, lebih banyak lagi helikopter berkualiti rendah yang boleh dibeli, bukan sahaja Malaysia akan dapat 30, mungkin 100 buah. Soalnya, apakah spesifikasi yang diperlukan MoD, adakah dengan adanya 30 Kazan, keperluan pertahanan Malaysia lengkap?

Negara-negara serantau rata-rata menggunakan Eurocopter sebagai pilihan, contohnya Thailand, South Korea, Singapore, Phillipines, Indonesia, Japan dan banyak lagi. Takkan kita nak beli helikopter yang tak ada negara sanggup pakai? Patutlah boleh tolak dengan harga murah, beli satu percuma satu kah?.

Apabila pembangkang membawa isu berkaitan pertahanan, jelas kelihatan mereka ini tidak fikir panjang, asalkan dapat menembak pihak kerajaan, objektif tercapai. Contoh, ingatkah kita dulu isu latihan komando, Saifuddin Nasution cuba memperkenalkan latihan yang lebih 'lembut' kepada komando-komando kita. YB, pelatih-pelatih komando ni tiada siapa yang jemput, tiada siapa yang pilih, mereka datang tanpa dijemput. mereka hadir untuk berkhidmat.

Mereka lah harapan negara dan mana boleh mereka diberi layanan lembut dan istimewa, mereka perlu dilatih begitu, bayangkan jika mereka ditangan musuh? adakah mereka akan diberi makan telur, timun dan kuah kari (Dog Food)? Mungkin mereka akan diberi makan najis.

Isu helikopter ini adalah 'sour grapes' daripada Kapten (B) Zahar, mana boleh tak kecewa, untung berjuta-juta terlepas. Maka, beliau memilih untuk team up dengan pembangkang, dengan harapan jika hari ini Anwar Ibrahim ambil alih kerajaan, esok bukan sahaja harga minyak turun, tetapi 30 helikopter Kazan berbaris dihadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

OreKelate: kalu kecewo tu mace2 buleh jadi, tengok Zaid Ibrahim tuh, kecewo keno sabotaj di Bahagian UMNO Kota Bharu, sapa toksey jadi Menteri doh. Kebetulae jah kes ISA tu maso tu, buleh wak alasan...

Apabila seorang wartawan senior cuba untuk mempertahankan sebuah akhbar arus perdana yang sering dikritik hebat oleh barisan pemimpin pembangkang, majoriti daripada pembaca meninggalkan komentar negatif, ada juga yang menggunakan bahasa yang kurang sopan hanya kerana penulis blog tersebut menyokong akhbar 'musuh' mereka.

Apabila wartawan senior tersebut tidak bersetuju dengan tindakan saman keterlaluan yang dikenakan kepada akhbar tersebut, wartawan senior tersebut telah dihumban bersama golongan-golongan yang tidak cerdik, dan tidak bersama arus 'perubahan'.

Muncul seorang peguam yang agak lantang di alam blog ini, berambut panjang sama seperti wartawan senior tersebut, mengkritik tindakan wartawan ini. Dengan kemahiran berhujahnya, satu demi satu contoh, pendedahan dan 'bukti' disampaikan kepada pembaca melalui blog beliau dalam usaha menegakkan serta menghalalkan tindakan ahli-ahli politik yang cuba meng'ISA'kan media melalui saman mahkamah.

Saya melihat isu ini sebagai suatu yang merugikan. Kenapa?

1. Kedua-dua manusia yang saling bercakaran ini adalah Melayu.
2. Akhbar yang disaman itu adalah lidah Melayu, yang menyaman adalah orang bukan Melayu.
3. Sepatutnya jika tidak bersetuju antara satu sama lain pun, janganlah sampai pekung didada dibuka, menjatuhkan maruah sesama Melayu.
4. Kenapa akhbar ini sahaja yang menjadi kambing hitam? Kerana ianya wadah musuh politik peguam tersebut? Kenapa tidak dihentam sahaja Harakah, Suara Keadilan, dan sebagainya yang terbukti menipu serta menyebarkan fitnah (rujuk kes 16 Sept dan Musa Hassan Nazak)

Saya risau jika perkara sebegini terus berlaku, bangsa Melayu akan terpinggir di tanah sendiri. Antara kita tiada perkara yang kita patut persetujui bersama, contohnya isu tulisan Jawi, isu agama Islam, elok lah kita bersama-sama.

Blogger peguam ini bijak, beliau hanya mempermainkan orang yang sudah mati, kerana orang mati tidak akan memfailkan saman malu keatas beliau.

Artikel blog ini: http://umnokelate.blogspot.com/2008/10/haris-ibrahim-apa-dosa-arwah-ghaffar.html

Artikel beliau bertajuk, Easy to say don't sue when the shit is not on your head. Saya membalas bagi pihak keluarga Ghaffar Baba, Easy for you to make fun of others, when the tomb stone is not on your head!

Tak mengapa jika si peguam menuduh wartawan senior tersebut sebagai tidak beretika. Saya lebih risau sekiranya seorang peguam cuba menjadi wartawan. Putar alam!

OreKelate: Malu kawe ado Melayu srupo nih, wak maing oghe hok mati doh, dio dok takut la oghe mati tok leh samey dio. Pahtu jenis palo tok leh nok tegor.. dio jah hok betul. Loyar bughukkk...


Hujung minggu lalu menyaksikan yang mustahil menjadi mungkin, yang pasti menjadi boleh-jadi-kot. Mukhriz berjaya mendapatkan pencalonan yang bukan sahaja mencukupi malahan lebih untuk jawatan Ketua Pemuda, Calon pilihan KJ pula dilihat terkial-kial mencari bumi untuk berpijak. Khir Toyo juga kelihatan mula mengorak langkah.

Tinggalkan persaingan Jawatan Ketua Pemuda, kita tumpukan pula kepada perebutan Presiden parti. Jika diukur daripada keputusan pusingan pertama mesyuarat bahagian minggu lepas, Najib akan mendapat kemenangan mudah.

Kami masih menunggu pencalonan pertama untuk Ku Li dan diharap pencalonan pertama akan memberi kesan domino sehingga Ku Li layak untuk bertanding. Kenapa perlu ada pertandingan? Ianya akan memberi nafas baru kepada demokrasi UMNO, dan juga akan memartabatkan kembali sistem tersebut. Kedua, pemenang akan diberi mandat yang akan mengukuhkan kedudukan bukan sahaja sebagai Presiden, namun juga sebagai Perdana Menteri Malaysia.

OreKelate: Macamano la, bahagian kelate pun tok se sokong anok negeri Kelate. Apo saloh kito wi pelue, kalu betul Najib ada pengaruh, wak maghi la sapo2 pung hok nok lawe, mesti dio meney jugok. Ore Kelate nok tengok ado pertandinge, jange guno la alasan parti buleh berpecoh, kalu halang pertandinge, lagi berpecoh ado la. Kembalike hak ahli!

Ditulis oleh: Nobisha (http://nobisha.blogspot.com)

Sewaktu pulang dari Seoul baru-baru ini, saya bergegas berlari keluar kapalterbang. Isteri saya sudah lama menunggu di terminal KLIA. Saya tidak mahu beliau dan anak-anak terus lagi menunggu. Selepas "clearance" Imigresyen, saya melalui pemeriksaan Kastam.

Ada dua pilihan, sama ada melalui jalur hijau atau membuat deklarasi. Saya memilih jalur hijau kerana saya hanya membawa sebuah bagasi kecil. Sudah menjadi tabiat saya, apabila ke luar negara saya tidak membeli-belah. Bagasi itu yang saya bawa pergi dan balik, tidak ada tambahan. Melepasi jalur hijau, pantas dan tidak ada soal-jawab.

Nah, kalau nak ke neraka juga boleh pilih jalur hijau. Hah? Jalur hijau ke neraka? Biar betul ... Ya, nak ke neraka juga boleh ikut jalur hijau. Bagaimana?

1. Buat blog. Boleh pilih Blogger atau Wordpress.

2. Tulis apa sahaja yang anda dengar di kedai kopi atau terima melalui sms. Bahan-bahan melalui email atau Yahoogroups pun boleh juga dimasukkan. Usah periksa betul atau tidak. Asalkan nampak sensasi dan boleh "gempaq", masukkan dalam blog. Atas nama perjuangan, kita perlu mendedahkan keburukan. Doakan, semoga Allah s.w.t. memberikan pahala kerana kita membuat blog perjuangan. Doa banyak-banyak.

3. Sekiranya tidak ada bahan, carilah idea di mana-mana blog atau website orang lain. Tak jumpa juga, cuba Google. Altantuya. C4. Liwat. Lewat. Lawat. Skandal. Sex. Rasuah. Semua ini menarik. Sekali lagi, usah periksa betul atau salah. Asalkan sensasi, masukkan dalam blog. Tugas kita mendedahkan kebobrokan mereka. Betul atau salah, itu tak penting. Pokoknya, dedahkan dulu.

4. Promosi blog habis-habisan. Biar semua orang baca. Lagi ramai orang baca lagi bagus. Ini perjuangan era ICT.

Nah, itu cara nak masuk jalur hijau ke neraka. Cepat dan pantas. Tak sempat malaikat nak tanya, terus humban dalam neraka. Tum!

* * *

Sewaktu kecil dulu, Ustaz selalu ingatkan saya. Kalau orang lain cakap buruk, jangan sebarkan. Mungkin tak betul. Mungkin fitnah. Mungkin orang yang bercakap tu berbohong. Cuma Ustaz saya tu bercakap zaman pra-internet.

Ustaz tu tak sempat baca blog sebelum meninggal dunia. Dia pun tak ada komputer. Tak dapat nak bezakan antara "fishing net" dan "internet". Kalaulah dia membaca blog, tentu dia akan nasihat: Jangan dok "cut and paste" artikel yang tak tentu salah atau betul. Sikit-sikit "cut and paste." Asal baca, tak pernah tanya siapa penulis. Apa motif dia menulis. Mungkin orang kafir atau munafik yang membawa berita palsu. Ah, tak kisahlah. Kita bukan Tuhan. Biar Allah s.w.t. yang hukum. Tugas kita, "cut and paste" dan sebarkan.

Itu cara nak cepat ke neraka. Pantas. Itu jalur hijau. Silakanlah!

OreKelate: Stuju sangak2 dengan Nobisha, ghama sangak ore zaman loni nok jadi femes daley blog, dok selidik dulu sumber artikel, janji artikel tu menjatuhke musuh dio. Ore Kelate suko beringak dale hal-hal gini. Buleh doso keringgg jah..

VS

Presiden: PM minta UMNO pilih Najib - http://www.malaysiakini.com/news/91166

"Saya nak Datuk Seri Najib mengganti saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik," kata perdana menteri selepas menyampaikan ucaptama di Forum Serantau
Amerika Syarikat dan Dunia Islam di Kuala Lumpur.
Adakah kenyataan sebegini adil kepada Tengku Razaleigh Hamzah? Ini kerana, dengan adanya kenyataan yang berat sebelah, sudah tentu mesyuarat-mesyuarat bahagian akan cenderung untuk memilih calon pilihan PM.

Di sebalik ura-ura Najib akan menjadi proksi Mahathir, dan konsep Mahathirisme mula timbul di permukaan, Abdullah masih lagi memilih Najib sebagai pilihan terbaik. Bukankah pengkritik utama Abdullah adalah Mahathir bukannya Anwar?

Maka, jika ini boleh berlaku, saya tidak hairan dan mengharapkan Abdullah boleh juga menyatakan calon pilihan beliau bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Siapakah gerangannya, Mukhriz barangkali?



Mukhriz layak bertanding Ketua Pemuda - ref Malaysiakini

Kurang seminggu selepas bermulanya mesyuarat Pemuda Bahagian seluruh Malaysia, calon 'underdog' Mukhriz Mahathir berjaya melayakkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan Agung UMNO 08/09. Mukhriz sehingga kini telah mengumpul 40 pencalonan, mengatasi angka minimum pencalonan iaitu 39.

Diharap agar lebih banyak lagi pencalonan akan diberikan kepada Mukhriz, dan calon-calon lain agar demokrasi dalam UMNO akan dapat dipulihkan dan kembali dihormati.

Satu masalah yang mungkin boleh menghantui Mukhriz adalah legasi bapanya, Tun Dr. Mahathir. Beliau harus dilihat mampu membawa diri tanpa mengharapkan pengaruh bapanya. Keputusan dan buah fikiran Mukhriz tidak semestinya membawa nada yang sama dengan bapanya, dan tidak salah sekiranya sekali-sekala mereka tidak sependapat.

Diberitakan, ada beberapa cubaan untuk membeli undi untuk menjatuhkan Mukhriz, namun jika benar dakwaan ini, kejayaan Mukhriz melayakkan diri membuktikan UMNO bukanlah parti yang boleh digadaikan dengan sogokan wang ringgit. Jika betul, ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif dalam usaha membersihkan nama UMNO.

Semoga berjaya kepada Mukhriz dan calon-calon Ketua Pemuda yang lain. Buat Pemuda Bahagian, UMNO perlukan perubahan, keberanian saudara akan menentukan masa hadapan UMNO.

Ceritanya:

Pengiraan undi pencalonan Ketua Pemuda UMNO telah dilakukan didalam bilik Hotel dengan tidak melibatkan wakil calon untuk memerhati.

Perwakilan mengumpulkan tandatangan bantahan dan mendesak supaya undian secara angkat tangan dibuat. Pemimpin mesyuarat dilaporkan mengherdik mereka yang membuat bantahan.

Sebanyak 80 tandatangan berjaya dikumpul berbanding jumlah undi Khairy yang sebanyak 64. Khairy dilaporkan menang mengatasi calon pilihan Khir Toyo dengan kiraan majoriti 3-4 undi sahaja.

Kekecohan berlaku akibat keengganan pengira undi untuk membenarkan kiraan semula dibuat, kertas undi tidak dilepaskan.

Pihak media TV3 kelihatan berada di Gelang Patah untuk membuat liputan.

Jawatankuasa Disiplin UMNO, tolong SIASAT!

Pencalonan untuk jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, dan Ketua Puteri UMNO mendahului kemaskini daripada Malaysiakini. Sila layari blog www.umnokelate.blogspot.com untuk maklumat terkini.

Kedudukan semasa:

Jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Mukhriz - 21, Khairy - 12, Khir Toyo - 1, Zahidi - 0

Jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO.

Razali - 12, Reezal Merican - 9, Faizal - 1, Bahrul Razha - 1

Jawatan Ketua Puteri UMNO.

Rosnah Abd Rashid - 10, Shahaniza - 7, Ismalina -2, Bibi Sharliza - 2, Azlina Mehtab -1

Teruskan melayari blog ini.

Dikemaskini sehingga jam 12tgh, calon Ketua Pemuda, Mukhriz Mahathir mendapat lagi pencalonan daripada jempol, jelebu, pagoh, teluk intan, bukit gelugor, dan tasek gelugor menjadikan jumlah pencalonan beliau setakat ini 12 berbanding khairy yang hanya mendapat tambahan satu pencalonan dari kota kinabalu.

Khairy dilaporkan dilihat di airport senai, dipercayai untuk cuba mendapatkan sokongan.

Khir Toyo pula menokok 2 pencalonan daripada kapar dan cheras

Berdasarkan pengamatan saya menerusi laporan terbaru Malaysiakini bertajuk "Pemimpin tertinggi sertai rundingan PAS-Pakatan", boleh jika nak kata impian Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berkecai.

Melalui keputusan mesyuarat lujnah politik PAS, 5 pemimpin tertinggi akan mewakili PAS dalam mesyuarat PR yang bertujuan untuk 'menyemak nama-nama pemimpin BN yang akan menyertai PR'.

5 nama tersebut adalah Presiden PAS, TG Hadi Awang, Timb. Presiden, Ust. Nasharuddin, Naib Presiden, Muhammad Sabu, Husam Musa, dan Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaafar.

Secara kasarnya kita boleh kategorikan kelima-lima pemimpin ini kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama, yang wasatiah dan ingin menumpukan prestasi kerajaan Pakatan yang dikuasai melalui mandat yang sah, dan kumpulan kedua, pasukan yang mewakili pihak yang tidak sabar-sabar ingin menakluki Putrajaya walau dengan apa cara sekalipun.

Sesetengah pihak lebih suka untuk menggelar kumpulan kedua ini sebagai Tim Erdogan, pada saya bagi apa nama sekalipun, mereka tetap sama. Sedikit prebiu dan info berkaitan mengenai pemimpin-pemimpin diatas.

1. TG Haji Hadi - Presiden PAS, PAS Terengganu, penasihat Politik beliau adalah Mustafa Ali (Cikgu Pa), berhati-hati terhadap penglibatan PAS dalam PR, ingin lihat majoriti Muslim memerintah, skeptikal terhadap kegopohan PR.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 30%

2. Ust. Nasharuddin Isa - wakil PAS berunding dengan UMNO, dikecam Tim Erdogan serta dituduh khianat dan pro-UMNO (bersama dengan Cikgu Pa), dituduh gila kuasa (sedangkan mereka yang menuduh tidak gila kuasa), perwatakan less volatile, disenangi lawan dan kawan, hormat dan menghormati sesama pemimpin PAS.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 35%

3. Muhammad Sabu - sejarah membuktikan beliau tidak suka Anwar Ibrahim (AI), punyai pengalaman yang paling lama bersama AI berbanding pemimpin PAS lain, menggelar anwar Al-Jub#@i ketika Anwar dituduh sodomi I, paling skeptikal terhadap niat AI, berkali-kali menegaskan penting menumpukan pada prestasi berbanding usaha untuk jatuhkan kerajaan BN,mengkritik ulama' muda bawah 40 tahun (majoriti Tim Erdogan) yang gelojoh, serta kurang hikmah, secara terbuka tidak bersetuju PR memikat MP BN untuk lompat. Veteran PAS yang kenal asam garam Politik.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 15%


4. Husam Musa - pemimpin yang tidak popular di Kelantan tetapi sangat popular di luar Kelantan, dan juga negara Arab, ada pengaruh kepada Mursyidul Am PAS, sheih kickdefella adalah penyokong tegar Husam, lebih banyak masa Husam dipentas PKR berbanding PAS. Tidak dinafikan ada karisma namun kurang 'kick' di Kelantan. Calon Menteri Besar selepas PRU12, namun Nik Aziz tidak bersedia untuk lepaskan jawatan kerana bimbang PAS bergolak. Blog anti-husam diadakan untuk menangkis dan menjatuhkan Husam, digelar pemimpin Tim Erdogan PAS. Mungkin akan mendapat jawatan besar dalam kerajaan Persekutuan PR.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 80%

5. Kamaruddin Jaafar - Setiausaha Agung PAS, rakan karib Anwar Ibrahim, imej Ulama'? mungkin lebih kepada Professional PAS. Seringkali terlibat dalam mesyuarat Pakatan yang dihadiri De facto leader PKR, Pemimpin ulung DAP, dan beliau sebagai wakil pemimpin PAS.

Kebarangkalian menyokong penubuhan kerajaan Persekutuan PR secara undemokratik - 100%

Berikut adalah sedikit ulasan dan telahan saya selaku pemerhati, PAS akan membawa suara yang lantang dalam pembentukan kerajaan tidak beretika ini. Jika Karpal Singh, LKS, dan pemimpin-pemimpin lain dalam DAP yang sekular ini lebih gemar jika PR tidak membentuk kerajaan melalui MP lompat, takkanlah PAS pula yang terhegeh-hegeh terlalu kemaruk untuk memerintah di Putrajaya.

Nasib baiklah Khalid Samad tidak termasuk dalam tim ini, jika tidak kedudukan kedua-dua kumpulan akan jadi 3:3, Khalid Samad sudah tidak sabar ingin menjadi Menteri barangkali.

OreKelate; Harap sangak kebijoksanae Tuan Guru Hadi, kawe dengar ulama' Arab ni buke nyo cayo sangak ko Nuar ni.. Acu tengok gak sapo hok saing perjanjie Anatoli Summit hok usir penduduk Palestin nuh!! Tengok mmolek ado namo Nuar daley tu, sokong malau'n Amerika..

Panas.. panas.. proses pencalonan kali ini untuk jawatan Ketua Pemuda amat sengit, walaubagaimanapun, penulis gembira kerana bibit-bibit demokrasi kembali memutik dimana Pemuda bahagian setakat ini telahpun membuat pencalonan berdasarkan suara ahli mesyuarat melalui undian secara demokrasi.

Jawatankuasa disiplin telah memberi amaran jika terdapat bukti rasuah politik, tindakan akan diambil. Jika Tan Sri Isa Samad dilucutkan jawatan Naib Presiden kerana rasuah wang, apatah lagi jawatan Ketua Pemuda.

Laporan Malaysiakini tertumpu kepada mesyuarat bahagian UMNO yang berlangsung selama sebulan sehingga 9 November 08.

Setelah kecewa tidak mendapat pencalonan di Machang, antara kawasan mampu menang Mukhriz, semangat beliau dipulihkan dengan pencalonan 100% pemuda Jerlun. Ini merupakan satu suntikan moral yang amat diperlukan untuk memastikan pencalonan beliau bukan sahaja mencukupi malahan menafikan kata-kata Tun Mahathir sendiri yang mengatakan Khairy akan menang dengan mudah.

Blog ini akan memaparkan jumlah pencalonan terkini di penjuru atas kanan blog. InsyaAllah akan dikemaskinikan sekerap mungkin.

Laporan Malaysiakini -

Mukhriz dahului pencalonan Ketua Pemuda

P.Chepa calonkan Khairy

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini dalam artikel bertajuk 'Mufti Perak akui saran Kerajaan Pas-UMNO' , Datuk Harussani Zakaria mengakui telah mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk menyatakan pandangan beliau.

Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, cadangan itu dikemukan bagi mewujudkan pemerintahan yang dikuasai sepenuhnya oleh orang Melayu dan Islam.

“PAS kalau campur dengan Umno lagi bagus. Umno ada 27 kerusi. Kalau campur dengan PAS, seratus peratus orang Melayu-Islam memerintah,” katanya.
Walaubagaimanapun, susulan daripada pertemuan itu, pendapat dan cadangan Datuk Harussani ditolak, memandangkan Nik Aziz hanyalah seorang mursyidul Am yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan bagi Parti. Saya percaya Tuan Guru punyai kuasa untuk mempengaruhi pembuat keputusan dalam parti, namun mungkin Tuan Guru tidak sudi menasihati.

Ada desas-desus tambahan yang diadakan untuk menyedapkan cerita, Mufti Perak menangis dan merayu pada Nik Aziz, dan ada pula laporan menyatakan pertemuan kedua telah dibuat.

Nampaknya, isu kerajaan Perak ini menimbulkan kerisauan dan kesangsian dalam diri Mufti negeri tersebut. Entah apa hal dalaman yang membawa kepada kerisauan Datuk Harussani, adakah suara beliau tidak didengari dalam kerajaan yang berketuakan orang Islam, tetapi dikemudi oleh bukan Islam?



Menurut sumber yang boleh dipercayai, Mukhriz berjaya mendapat pencalonan daripada Bahagian Kimanis. 50 undi memihak kepada Mukhriz berbanding Khairy 31.

Tahniah kepada kedua-dua calon.

Ulasan saya mengenai pertandingan Ketua Pemuda di sini

OreKelate: ..buku bertemu ruas.. nyepak ttemu numbuk

Hari ini, hari blogger biadap. Saya kecewa melihat internet dijadikan medium untuk menyindir agama orang lain, dan juga untuk menghina orang yang telahpun mati.

Hari ini ada dua kes yang boleh dikategorikan terlampau pertama dari blogger merangkap YB Jeff Ooi mengenai isu di'brainwash' politik Islam a la Malaysia, dan yang kedua kes Haris Ibrahim yang entah apa silap Tun Ghaffar Baba padanya, dihina dan diperlekehkan.

Kes pertama:

Rujuk blog Jeff Ooi - Abu Dhabi, a rude culture shock

Tulisan saya di blog ini - klik di sini dan di sini

Tulisan blogger Jentayu - klik di sini

Kes kedua (baru):

Tulisan Haris Ibrahim - I no understanding you, i no speaking inglis - haris ibrahim people's parliament

Tulisan balas blogger marahku -
What did Tun Ghafar do to Haris Ibrahim? - marahku.blogspot.com

Ulasan saya -

Memetik tulisan Haris Ibrahim

A joke started to make its rounds about how Ghafar ordered his breakfast one morning in New York during that meet.

Don’t know if there’s any truth to it, but it’s such a funny story, so I’ll share it with you.

Ghafar wanted toast with butter and jam. Just like the roti bakar with mentega and kaya that we get from our kopitiam here.

This is what he’s supposed to have told the waiter.

‘I want you burn the bread, but don’t burn too much, ok. Put the butter upstairs and the jam downstairs’, or something like that

1. Apakah dosa Tun Ghaffar Baba kepada Haris Ibrahim sehinggakan beliau diperlekehkan sebegitu rupa oleh Haris?

2. Cerita ini pun tidak dapat Haris tentukan kesahihannya, tetapi oleh kerana potensi untuk dijadikan bahan lawak, diletakkan juga di dalam blognya.

3. Baru-baru ini blogger ini juga telah 'merempuh' majlis hari raya Aidilfitri PM, yang mana hanya seorang sahaja yang mengucapkan Selamat Hari Raya, yang lain tidak.

4. Kenapakah Haris sanggup untuk meng'bahan-lawak'kan seorang yang telahpun meninggal dunia? Jika adapun dendam ataupun benci Haris yang membuak-buak terhadap UMNO, jangan dijadikan orang yang telah tiada sebagai objek lawak.

5. Jika ini sikap dan perangai blogger-blogger anti-kerajaan, saya rasa Malaysia tidak perlukan orang-orang yang biadap dan kurang sopan untuk memerintah.

6. Blogger marahku.blogspot menambah...

"Anyway, kalu takpandai cakap omputeh tu bodoh sangat ke? Kalau boleh cakap Queen's English tu pandai tinggi sangat ke tokohnye?

Kalu tinggi sangat tokohnya kalau pandai cakap English tu, padanlah ada orang yang pandang tinggi sangat apa saja yang dijaja oleh Barat."

7. Haris perlu minta maaf kepada keluarga Ghafar Baba dan ahli UMNO. Dosa Ghaffar kepada Haris mungkin tidak pernah wujud, namun dosa Haris kepada Ghaffar ada, bagaimana dia ingin meminta maaf, saya serah pada kebijaksanaan dan kebolehan berbahasa Inggeris Haris.

8. Tun Ghaffar Baba orang yang rendah diri, disenangi ramai, tidak pernah menyombong dan juga tidak berdendam. Ingat apa yang Anwar Ibrahim lakukan pada beliau, ada beliau melenting? Ada beliau merancang sabotaj dan menjatuhkan Anwar? Kalau orang UMNO macam ini pun Haris benci, mungkin orang se'suci' Anwar sahaja yang punyai tempat di hati Haris.

OreKelate: kawe dok reti kecek English ni, kawe ore kelate jah.. Kalu nok buat lawok guno namo kawe takpo, kawe dok kisoh.. Siyye ko Ghafar Babo, mati pung ore wak maing-maing jah..


Susulan daripada artikel saya sebelum ini yang mengecam tindakan YB Jeff Ooi, mengatakan politik Islam di Malaysia telah meng'brainwash' persepsi beliau terhadap dunia Islam luar, kali ini YB Jeff terus berusaha menegakkan pendirian beliau dengan terus memberikan respon yang agak biadap kepada pengunjung blog beliau yang ingin menegur.

klik disini untuk bukti

http://www.jeffooi.com/2008/10/abu_dhabi_a_rude_culture_shock.php#comments

Rupa-rupanya, YB Jeff ini tidak boleh orang persoalkan isu PORK dan juga arak yang beliau angkat martabat kedua benda ini begitu tinggi sekali hanya kerna ianya boleh didapati dengan mudah di Abu Dhabi.

Kenapa saya bilang YB Jeff kurang sopan?

1. Kebanyakan respon beliau hanyalah mengulangi ayat yang sama iaitu;

JEFF OOI says: Hence a rude culture shock for me. x1000 times

Cuba bayangkan jika kita cuba untuk menerangkan secara hikmah dan sopan, jawapan yang diberi sama dan stereotaip, seolah-olah tidak ingin layan, atau seperti mengatakan 'talk to the hands' sahaja. Tentu menyirap juga rasa marah walau niat asal murni untuk tegur!

2. Lihat sahaja respon yang lebih panjang daripada beliau terhadap seorang pemberi komen ini.

ermmm repeating this sentence "JEFF OOI says: Hence a rude culture shock for me." does not clean your veil motive when at the same time you posted "Suddenly, just like the zen experience of catharsis ( Κάθαρσις ) and satori ( ), I realised how much I had been brain-washed all along by political Islam back home"

Im sorry, but this time your post is bordering on insulting at least to strict muslims

JEFF OOI says: You sounded like an authoritarian chieftain in the history books. But this place is THINKING ALLOWED, THINKING ALOUD. You have come to he wrong place, my friend. I am still saying I had a rude culture shock and I don't give a damn whether you agreed with me. That's the cathartic experience that hadn't dawned on you. I hope you travel out of your cocoon. If you had and find yourself still comfortable with yourself that's fine by me as we are all free in the mind.

But, frankly by the same token, what you said can be seen as equally insulting to the leaders and people of UAE and Abu Dhabi on how they want to govern their belief system

dan yang ini....

..........I turn back his comments on living in a cocoon... I believe jeff, that the more you travel the more you see differences in culture and the more you appreciate unique cultural practices in each country etc... Thus being more tolerant to cultural differences be it right or wrong in your opinion....

You are free to comment on what you think... At least write it in a way that does not border on insulting or telling Muslims in Malaysia how to act or live... "respect is both ways"...

JEFF OOI says: By my personal observation -- and this is what a blog like mine is all about -- Muslims in the UAE practise the form and substance of their religion so starkly different from Malaysia's. By the same token, let not Malaysians of all creeds "insult" Muslims outside Malaysia -- and those geographically nearer to the Holyland -- who live to practise their faith differently from Political Islam in Malaysia.

The people there told me there is ONE Islam that is primarily based on the Quran and the Hadith. They don't see how the existence of political Islam ala Malaysia may sway their faith. That's the statement they had made, as can been seen (cross-checked) through their governance model over non-Muslims and global investors and travellers, and the syariah system in all trades of their business/official and private lives.

I leave it to you if you decided to cocoon yourself and deny a living world of Islam in the UAE but I have just decided to stop shutting my mind to the rude culture shock that I was dealt with while visiting UAE in the last few days. I will certainly go back there again to learn more, particularly about how a "liberally progressive" Malaysia can emerge as the old race-based regime goes down in this country's history.

Rakan Blog lain:

http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/10/yb-jeff-ooi-terkejut-di-abu-dhabi.html

OreKelate: Rajing dengar Cat Steven dok? Dio kato dio masuk Isley buke sebab tengok ore-ore Isley, tapi sebab tengok Isley tu sediri... Jeff Ooi ni terkejut beruk tengok ore Isley dale dunio ni tok serupo, tu belum dio tahu Isley ni ado mace-mace mazhab...


Pencalonan pertama diberikan kepada Khairy. Pemuda Machang, Kelantan dalam mesyuarat hari ini mencalonkan Khairy. Dikhabarkan team setiakawan mendahului dengan undi 97-76.

Permulaan yang baik buat khairy sudah diduga' walaupun beliau di'sekat' daripada bertemu akar umbi. Mukhriz perlu menerima permulaan ini kerana sudah tertulis langkah beliau untuk mendapat pencalonan yg mencukupi adalah sukar.

Ada seorang lagi calon yang ingin mencuba nasib, Khir Toyo, adakah beliau punyai semangat setiakawan yang teguh, dan berani untuk memacu perubahan. Kita tunggu apa kata pemuda bahagian.

OreKelate: Kalu khairy dengan slogan pemudo beradat, kawe ore kelate pemudo gedebe..

Screenshots
http://www.jeffooi.com/
October 05, 2008

Abu Dhabi... A rude culture shock for me

Abu Dhabi within the UAE is an Islamic country, yes?

Abu Dhabi is at the seat of influence among members of the Gulf
Cooperation Council (GCC), yes?

I had a rude culture shock this morning when I turned up for breakfast
at the Beach Rotana hotel. The first food counter I walked past was
labelled P O R K. It was situated alongside other food counters
serving an array of international and regional guests.

A culture shock because, even back home, the most liberally
progressive and the most modern of Kuala Lumpur hotels don't do what
Abu Dhabi hotels are doing. (My local friends told me Le Meridien
Riyadh is no different in handling pork station at its F&B outlets.
Open and non-discriminatory, just prominent labelling.)

Suddenly, just like the zen experience of catharsis ( ???????? ) and
satori ( ? ), I realised how much I had been brain-washed all along by
political Islam back home.

Last night, on board the Etihad flight, I was served 2003 chiraz red
wine with a good selection of French cheese and Swedish crispy
biscuits.

Posted by Jeff Ooi at 08:45 PM | Permalink

___________________________________________________________________

Jeff Ooi, seronok sakan jalan-jalan makan angin di UAE ikut rombongan Lim Guan Eng. Lagi seronok si Jeff ni apabila ketemu dengan hidangan feverit, iaitu PORK dan hidangan arak yang enak.

Jangan pula disebalik keseronokan itu politik Islam di tanahair dicerca dan direndahkan martabatnya. Jangan pula lupa bahawa perjuangan kemerdekaan negara ini berpunca daripada keinginan orang Melayu untuk mengamalkan cara hidup berlandaskan agama iaitu ISLAM, dan tatabudaya Melayu, penduduk asal Tanah Melayu. Kaum Cina dan India tidak ditinggalkan bersama kerana telah dibawa masuk oleh British dan telah diterima oleh orang Melayu asalkan perjuangan kemerdekaan dicapai.

Seronok sangatkah dapat melawat UAE dengan percuma, makan PORK percuma, minum wine percuma? Atau adakah Jeff Ooi menulis posting tersebut dalam keadaan dibawah pengaruh alkohol?

Kalau Jeff Ooi di'brainwash' oleh political Islam back home, tentunya tuduhan ini ditujukan kepada PAS, musuh dalam selimut DAP.

Sedarlah wahai PAS dan ahli-ahlinya, anda kena langkah banyak mayat pemimpin DAP sebelum agenda parti tersebut boleh dicapai, lebih sukar lagi sekarang apabila kalangan pemimpin sendiri sudah ada puak yang pro-Erdogan, puak-puak ini ditanam oleh Islamist Liberal dari satu lagi parti Pakatan. Renungkanlah.

OreKelate: Kat Kelate pung ado babi, ore cino makey jugok babi sini, tapi takdok lah terkinja-kinja mace Jeff Ooi bilo jupo babi. Jenis minat ko babi payoh la pok2 ni. Hotel tu hotel antarabangsa, memey la keno ado babi, tetamu maghi segenap pelusuk alam. Mung ni Jeff, baru kali pertamo deghak luar negaro ko? Wak malu jah..



Laporan Malaysiakini - http://www.malaysiakini.com/news/90939

Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini bersajak mendendangkan keluh kesahnya berhubung "permainan politik" sehingga memaksanya melepaskan jawatan mufti Perlis hujung bulan ini.

Dalam puisi terbaru yang dimuatkan di blognya, mufti muda itu berkata "apa itu yang mereka cemburu? Kerusi empuk buruk yang aku duduk? Atau kerna aku tidak sanggup mengangguk? Mendengar kata mereka terus duduk?"

Puisi 'Salah Menduga' itu juga membayangkan ada pihak yang tidak senang pada beliau susulan sikap lantangnya dalam banyak perkara penting dan kontroversi.

"Atau mereka tidak selesa bila aku berbicara? Atau mereka sangka suaraku lebih berkuasa? Atau mereka rasa aku raja massa? Atau mereka jangka aku akan ke takhta? Atau mereka sangka aku dah kaya?" coretnya menjelang tengah hari ini.

Utusan melaporkan Teresa Kok mencari bodyguard untuk memastikan keselamatan diri beliau dan keluarga. Saya dengan ini ingin mencalonkan Abdullah untuk jawatan tersebut. Tetapi beliau hanya boleh berkhidmat bermula Mac 09.

Jika Teresa memerlukan khidmat bodyguard dengan segera, elok sahaja di ambil Zaid, baru sahaja meletakkan jawatan. Kedua-dua calon tersebut mungkin boleh mengisi kekosongan tersebut.

Mungkin Teresa boleh tunggu hingga bulan Mac, diberitakan beberapa nama lagi akan mencari jawatan baru kerana tewas dalam 'interbiu' nak pegang jawatan CEO. Teresa, jika mu nak yang lagi hebat jadi bodyguard, ada seorang ustaz di Perlis yang diura-urakan nak bersara. Kalau yang ni, siap sedia la telinga Teresa, tiap-tiap hari panas telinga.

Teresa.. teresa.. nak main politik tapi tak nak mengaku terlepas cakap, kena tunjuk rakaman video baru nak mengaku.. itu yang orang sempat rakam, kalau tak sempat macamana?? Isu azan tu tak da sapa rakam ke?

OreKelate: Aku duduk kelate dekat dengan tokong Cino, bilo hari dio main mercun papan hok besar tu, aku duduk diye jah, padahal telingo berdesingggg...

Batu terapung boleh sembuh penyakit - http://malaysiakini.com/news/90914

Bukan saya nak nafikan wujud perkara-perkara ghaib yang diluar kotak pemikiran manusia, pada pendapat saya, berita seperti ini tidak layak untuk dimuatkan didalam laman web Malaysiakini.

Dulu di Kelantan ada cerita telaga mujarab di Pantai Senak, saya pernah singgah tengok ramai betul orang beratur ambil air tersebut. Jabatan Kesihatan datang, buat ujian keatas air itu dan keputusan menunjukkan air tersebut dicemari E.Coli, boleh bawa penyakit lagi.

Bagaimana kepercayaan kita boleh terpesong, yang menyembuhkan hanyalah Allah s.w.t. Perkara sebegini mendorong kepada khurafat.

Malaysiakini reputasi anda sebagai laman web berita alternatif kepada media arus perdana, bukannya tabloid murahan arus perdana.

OreKelate: Jange cayo la!!

Kali terakhir saya lihat, harga minyak pada tahap 89USD, sekarang ianya turun lagi kepada 87.10USD.

Berakhir era kapitalsme kolot dan bolot ekoran monopoli melampau penyangak-penyangak ekonomi US dan negara-negara besar yang lain. Mereka sekarang tak cukup tangan urus ekonomi sendiri sehingga tak sempat nak menyangak.

Kerajaan, turunkan harga minyak segera! Peniaga bertanggungjawablah, turunkan harga barangan!

Pak lah letak jawatan - http://malaysiakini.com/news/90860

Akhirnya, setelah ditekan bertubi-tubi Abdullah berundur.

3 Suruhanjaya akan ditubuhkan, adakah Abdullah berjaya meletakkan diri sebagai Bapa Reformasi? Kita tunggu sehingga Mac.

Laporan malaysiakini sejak 2-3 hari ini tertumpu kepada pengumuman Abdullah akan tarikh perletakan jawatan beliau sebagai PM Malaysia yang ke-5.
http://malaysiakini.com/news/90808

Abdullah terkenal dengan kemahiran menukar fikiran disaat-saat akhir, dan suka berteka teki. Kali ini teka teki beliau hampir terjawab. Tunggu sahaja sidang akhbar selepas mesyuarat tertinggi BN hari ini.

Beberapa kemungkinan:

1. Abdullah tukar fikiran, terus ingin kekal sebagai Presiden yakni bertanding dalam pemilihan. Najib akan lawan jika berani, Muhyiddin akan bertanding jawatan no.2.

2. Abdullah berundur awal, masalah tidak akan selesai. Najib akan menerima tentangan sengit daripada Ku Li (ore kelate kito). Soalnya, bagaimana Najib akan menjawab isu/tuduhan Altantuya dan Scorpene?

3. Abdullah tangguh keputusan, teruskan berteka-teki. Semua akan lawan Pak Lah.

Perkembangan terkini, Abdullah tidak ada pengumuman untuk hari ini, sila rujuk http://malaysiakini.com/news/90807

Nampak gaya, mungkin pilihan no. 2 dan no. 3 lebih tepat.

OreKelate: Peluang BN 50-50, sebelum Khairy maghi wi ceghamoh la.